Wani membawa aku balik ke tapak perkhemahan.
Aktiviti harini dibatalkan kerana pergaduhan tadi.
Tetapi pergaduhan tadi dirahsiakan oleh semua pelajar.
Hanya kami berenam sahaja yang tahu.
"Diaorang gaduh sebab aku.."kataku.
"Haa? Kenapa?.."tanya Wani.
"Tadi Syahmi peluk aku lepastu Sir datang tumbuk dia..."aku sangat rasa bersalah.
"He must love you then"Wani tersenyum.
"I'm serious la Wani"
"Aku pun serious. Of course la Sir jealous tengok Syahmi peluk kau"Wani memegang lembut bahuku.
Aku terdiam. Mungkin juga betul tapi entahlah.
-----------------------------------
Selepas makan malam, kami semua diminta tidur.Kelibat Syahmi dan Sir Rayyan langsung tidak nampak.
Wani menguap. "Jom la tidur"
"Aku nak pergi tandas jap. Nanti aku join"
"Kau nak aku teman ke?"tanya Wani.
"Tak apa lah. Kau tidur la dulu"aku berjalan ke arah tandas.
"Sejuk betul malam ni.."aku memeluk tubuh.
Sebaik sahaja menggunakan tandas, aku berjalan balik ke tapak perkhemahan.
Jalannya sangat gelap!
Pandangku menjadi samar-samar.
"Torchlight lupa pulak nak bawak... Mana satu khemah aku ni?.."aku mencari-cari khemah kami.
Aku melihat satu per satu.
"Ni kot.."aku membuka zip khemah.
Kelihatan Sir Rayyan terkejut memandang aku.
Sedikit sahaja lagi aku ingin mengeluarkan suara tetapi Sir Rayyan sempat menekup mulutku.
"Diam.."bisik Sir Rayyan.
Jantungku berdegup kencang.
"Aku salah tempat ke?.."bisikku.
"Sorry... Saya salah masuk.."aku ingin cepat-cepat keluar tetapi aku masuk semula ke dalam khemah.
Cikgu-cikgu lelaki yang lain sedang berkumpul di luar.
"Macam mana boleh silap?.."Sir Rayyan ketawa.
"Gelap sangat la tadi.."balasku.
"Rayyan, kau tak nak join ke?"kedengaran suara Cikgu Danish memanggil Sir Rayyan di luar khemah.
"Tak. Aku nak tidur"balas Sir Rayyan.
Sir Rayyan memandang wajahku.
"Better kau stay je kat sini"
"Haa? Tak nak laaa"
"It's up to you. Diaorang lepak kat luar tu lama tau"Sir Rayyan sudah terbaring.
"Ala Sir.."
"Baring kat sini"dia menepuk lembut tempat yang dia tinggalkan untuk aku baring.
"Err tak apa la. Saya tidur kat sini je.."aku masih lagi terduduk di bucu khemah.
"Tidur sini"Sir Rayyan menarik tangan aku.
Aku terbaring di sebelahnya tetapi tidak menghadapnya.
Jantungku berdegup makin laju.
"Sir!"Sir Rayyan sekali lagi sempat menekup mulutku.
"Kau okay ke Rayyan?"tanya Cikgu Danish.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sir, Saya Cintakan Awak!
RomanceKehidupan Juliana Erisya sebagai seorang pelajar sangat tenang sehingga datangnya seorang guru baru lelaki, Sir Rayyan Adam yang sangat kacak dan menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan. Semenjak hari pertama Sir Rayyan bertugas sebagi seorang guru...