Aku menenangkan diri dahulu.
Aku membasuh muka.
"Jangan suka Sir. Jangan!.."
Langit sudah menjadi gelap walaupun baru pukul lapan pagi.
Angin pula bertiup kuat.
Aku berjalan ke arah tapak perhimpunan.
Fikiranku melayang.
"Tenang Lia.."
Aku menyepak batu sehingga terjatuh.
"Aduh.."aku mengurut lembut sekali lagi punggungku.
Hujan sudah mula turun dengan lebat.
"Kenapa benda yang malang selalu sangat jadi kat aku.."air mataku juga mengalir.
"Kenapa?.."air hujan sudah mula membasahi badanku.
Aku cuba untuk bangun tetapi kakiku pula terseliuh.
"I hate you Rayyan Adam!"jeritku.
Air mataku tidak henti daripada mengalir.
"Do you hate me?"Sir Rayyan membuka payung agar aku tidak basah.
Aku terus mengesat air mataku.
"Apa Sir buat kat sini?.."aku tidak bertentang mata dengannya.
Aku cuba untuk bangun tetapi gagal.
Sir Rayyan tersenyum sinis. "You are fool"
"Leave me alone"kataku.
Entah kenapa aku tidak mahu melihat mukanya.
"Taknak"balasnya.
Baju Sir Rayyan habis basah kerana hujan.
Sir Rayyan hanya memayungkan aku sahaja.
"Please.. Leave me alone.."nada suaraku menjadi lemah.
Tiba-tiba Sir Rayyan mendukung aku.
Dia melepaskan payung.
Jantungku berdegup kencang.
"Lepaslah.. Semua orang tengok.."
Ada banyak mata yang memerhatikan kami.
"Diam"katanya dingin.
Hujan habis membasahi kami.
Aku memandang wajahnya. Wajah yang membuatkan aku jatuh cinta padanya.
Sir Rayyan membawa aku ke bilik sakit.
Dia meletakkan aku di atas katil.
Sir Rayyan mengambil tuala lalu mengelap rambutku.
"Saya boleh buat sendiri.."kataku.
Jantungku masih berdegup kencang.
Sir Rayyan mendiamkan diri sahaja daripada tadi.
"Sorry sebab selalu menyusahkan Sir.."kataku.
"Kenapa kau menangis?"Sir Rayyan memandang wajahku.
Aku mengelak daripada memandangnya.
"I don't know.."balasku.
Mestilah aku menangis sebab aku cemburu tengok Sir dengan Cikgu Aina..
Sir Rayyan tersenyum.
"Rehat dulu kat sini. Aku ada class. Jangan banyak bergerak"pesan Sir Rayyan.
"Tapi baju Sir.."belum sempat aku menghabiskan ayatku, Sir Rayyan sudah beredar dari bilik itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sir, Saya Cintakan Awak!
Roman d'amourKehidupan Juliana Erisya sebagai seorang pelajar sangat tenang sehingga datangnya seorang guru baru lelaki, Sir Rayyan Adam yang sangat kacak dan menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan. Semenjak hari pertama Sir Rayyan bertugas sebagi seorang guru...