"Weh lapar laaa.. Nak makan apa eh?"aku berjalan ke kantin sekolah.
"Makan hati je la"gurau Wani.
"Hambar okay.."perutku daripada tadi berbunyi.
"Cepat la sikit Wani.."aku menarik tangan Wani.
"Bukk"tiba-tiba ada seorang melanggar aku.
Badanku hilang imbangan tetapi sempat disambut olehnya.
"Awak okay?"Syahmi menyambut aku dengan lembut.
"Err okay.. Sorry"aku berdiri dengan betul.
"Clumsy betul la kau ni Lia!"marah Wani.
Syahmi memandang muka aku dengan lama membuatkan aku jadi tidak selesa.
"Saya pergi dulu eh?"belum sempat aku mengatur langkah,Syahmi erat memegang tanganku.
"Errr kenapa ni?"aku cuba melepaskan genggaman itu tetapi gagal.
Syahmi masih lagi memandang mukaku.
Dia seperti kekeliruan.
Mataku bertentang mata dengan Sir Rayyan yang berada tidak jauh daripada situ.
Sir Rayyan memberhentikan langkahnya apabila melihat Syahmi memegang tanganku.
"Awak..lepaslah.."aku masih lagi cuba untuk melepaskan tangan Syahmi.
"I have to tell you something"riak wajahnya nampak serius.
"Apa dia?.."tanyaku.
Sir Rayyan masih lagi tidak berganjak daripada situ.
"Kenapa Sir ada kat sini?.."bisikku.
"I love you"jantungku berdegup kencang di saat Syahmi berkata begitu.
Aku keliru.
Mengapa baru sekarang dia nak luahkan?
Aku sudah lama melupakan diri dia dan hanya Sir Rayyan sahaja yang ada dalam hati aku.
"Sorry.. Tapi.."
"Saya tau awak cintakan saya jugak kan?"makin erat genggaman tangan Syahmi.
Aku memandang Sir Rayyan. Sir Rayyan sudah berlalu pergi daripada situ.
Aku tidak mahu dia salah faham..
"Tapi tu dulu. Sekarang saya cintakan orang lain. Maafkan saya.."kataku.
Aku tidak mahu menyakiti sesiapa..
Dengan perlahan, Syahmi melepaskan tanganku
Syahmi langsung tidak memandang aku dan berlalu pergi.
"Wow Syahmi is really brave Lia"puji Wani.
"Tapi kenapa baru sekrang dia nak bagitau?.."terasa rasa bersalah menyelubungi aku.
"It's okay. At least kau bagitau hal yang sebenar. Kau suka Sir kan?"Wani tersenyum.
"Sir! Err weh kau rehat la dulu. Aku nak jumpa Sir"aku berlari ke bilik guru.
Aku mahu menjelaskan semuanya.
Sesampainya di bilik guru, aku terus mencarinya.
"Sir!"nafasku tercungap-cungap.
Kelihatan Sir Rayyan dan Cikgu Aina sedang berbual mesra.
Hatiku pedih. Pedih sangat. Aku tidak boleh tahan lagi..
"Awak buat apa kat sini Juliana?"tanya Cikgu Aina.
Matanya nampak masih tidak puas hati dengan aku.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sir, Saya Cintakan Awak!
RomanceKehidupan Juliana Erisya sebagai seorang pelajar sangat tenang sehingga datangnya seorang guru baru lelaki, Sir Rayyan Adam yang sangat kacak dan menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan. Semenjak hari pertama Sir Rayyan bertugas sebagi seorang guru...