Bab 6

16.4K 813 15
                                    

"Kau buat apa kat sini Lia?.."tanya Wani.

Habislah aku!..

Wani,Tina,Damia,Reen dan Hani memandang aku.

Aku menelan air liur.

"Kenapa diaorang ada kat sini?.."bisikku.

"Errr..rr sebenarnya.."aku tergagap.

"Juliana akan join sekali dengan kamu semua"kata Sir Rayyan sambil tersenyum.

"Masuklah dulu"pelawa Sir Rayyan.

"Join? Join apa pulak ni?.."bisikku.

"Lia, aku ingatkan kau tak nak join study group ni"kata Wani.

"Study group?.."

"Ohhh aah. Aku baru rasa nak join hehehe"balasku.

Wani memerhati muka aku.

"Kenapa kau pandang muka aku.."

"Kau suka Sir Rayyan jugak eh?"aku terus tersedak.

"Suka? Kenapa pulak? Aku suka orang lain laa"

"Sebab aku suka Sir. Aku tak boleh stop fikir pasal dia. Macam mana ni Lia..."Wani memegang tangan aku.

"Wani suka Sir? Kalau Wani tau aku kahwin dengan Sir macam mana?.."aku tergaru-garu kepalaku yang tidak gatal.

"Kau serious ke suka Sir? Sir kan cikgu kita. Lagipun dia dah tua kan?.."

"Sir tak ada la jauh sangat umur dengan kita"Wani mencebik.

"Korang buat apa kat situ. Cepatlah"panggil Tina.

Kami berenam duduk di atas meja.

Sir Rayyan duduk di hadapan kami.

Mereka semua tidak berhenti memandang Sir Rayyan.

"Handsome sangat ke dia tu.."omelku.

"Keluarkan buku modul yang saya suruh bawak tu"Sir Rayyan memandang aku.

Sir seperti memberi isyarat mata kepada aku.

"Apa yang dia nak cakap?.."

"Mana buku kau Lia?"tanya Wani.

"Buku?"aku terlupa beg sekolah aku ada di atas.

Takkan aku nak pergi ambik beg aku kat atas?..

Mesti diaorang semua pelik.

Kalau diaorang tau aku tinggal dengan Sir, boleh jadi daging panggang aku.

"Oh err aku lupa. Tadi aku rushing sangat sampai tertinggal beg kat dalam kereta Mak Lang aku"fuhh nasib baik sempat cover.

"Awak share buku dengan Syazwani"kata Sir Rayyan.

"Okay.."

"Sekarang, saya nak kamu semua cuba buat soalan persamaan kuadratik. Kalau tak tau, tanya saya"

"Kenapa la aku kena join kelas ni.."aku membuat latihan yang diberikan oleh Sir.

Mereka berlima terus bertanya kepada Sir.

"Diaorang tak try pun, lepastu terus tanya Sir.."aku mencebik.

Aku memandang sahaja mereka yang berebut-rebut nak duduk di sebelah Sir.

"Sir... Ni macam mana?.."Reen memanggil Sir dengan nada yang manja.

Reen sangat dekat dengan Sir.

"Oh kalau yang ni, awak tambah je"balas Sir Rayyan sambil tersenyum.

"Soalan tu pun nak tanya ke? Budak darjah tiga pun tau la macam mana nak buat!.."bisikku.

Sir, Saya Cintakan Awak!Where stories live. Discover now