Bab 7

17.8K 834 13
                                        

Kali ini pelajar tingkatan empat pula yang datang belajar bersama Sir Rayyan.

Sekali lagi aku terpaksa belajar bersama mereka semua.

Boleh pecah otak kalau belajar addmath lama macam ni..!

Pelajar itu semua sama juga seperti mereka yang lain.

Gatal!

Berebut-rebut nak duduk di sebelah Sir Rayyan.

Kepalaku sudah serabut melihat mereka.

"Ahh tak kisahlah. Bukannya aku suka dia pun.."bisikku.

Tetapi mataku masih lagi memerhati mereka.

"Distracted la tengok diaorang semua ni.."

Aku pula daripada tadi asyik menguap.

Kepalaku menjadi pening.

Aku memejam rapat mata sebentar..

-----------------------------------
"Oi, taknak bangun ke?"Sir Rayyan menampar perlahan pipiku.

Mataku terbuka luas. Aku memandang sekeliling.

Semua pelajar sudah tiada. Di tanganku masih lagi memegang pensel.

Di luar rumah sudah gelap.

"Macam mana aku boleh tak sedar ni..."aku mengurut lembut kepalaku.

Kepalaku masih lagi pening.

"Sekarang pukul berapa? Berapa lama saya tidur tadi?"tanyaku.

"7.10. Lima jam maybe. Kau okay?"Sir Rayyan memandang aku.

"Oh. Okay.."aku cuba untuk bangun tetapi aku jatuh kembali.

Sir Rayyan sempat menyambut aku.

"Kau demam ke?"Sir Rayyan memegang dahiku.

"Panasnya. Jom aku bawak kau pergi klinik"Sir Rayyan ingin mengambil kunci keretanya tetapi aku menarik tangannya.

"Tak apa. Saya okay.."aku cuba untuk berdiri kembali.

Aku berjalan perlahan-lahan naik ke atas tangga.

"Kau tak okay. Jom la pergi klinik"

Aku menggelengkan kepala. Masih berdegil.

Aku tidak suka dengan suasana di klinik mahupun hospital kerana ia mengingatkan kembali peristiwa semasa ibu dan ayahku meninggal dunia.

"I'm fine!.."

Sir Rayyan terus terdiam.

Aku tidak berniat untuk meninggikan suara kepadanya.

"Sorry.... Saya tak ada niat nak cakap macam tu"tiba-tiba air mataku mengalir.

"Kenapa aku emotional sangat sekarang ni?.."aku masih keliru dengan diriku.

"Aku bawak kau naik atas"tiba-tiba Sir Rayyan mendukung aku.

"Tak apa.. Saya..."

"Diam"

Jantungku berdegup kencang.

Wangiannya sangat dekat dengan aku.

Sir Rayyan meletakkan aku di atas katil.

"Rehat dulu. Kejap lagi aku bawakkan ubat"

Pandanganku menjadi kabur. Kepalaku juga pening sangat.

Sir Rayyan ingin beredar tetapi aku menarik tangannya.

Aku memeluk badannya.

Air mataku membasahi bajunya.

"Jangan... Tinggalkan saya macam orang lain.."

Sir, Saya Cintakan Awak!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang