Untitled Part 2

5.5K 72 2
                                    


Bab 2

Kelantan di sebuah pinggir kampung.

"Mak cik Ana, Waina balik dulu ya!" laung gadis yang bernama Huna Huwaina di ambang pintu utama.

"Kejap Waina!" larang tuan rumah turut melaung sama dari tingkat atas. Puan Rohana meniti turun dari anak tangga atas ke bawah untuk mendapat pekerjanya.

"Ni haa... gaji kamu untuk bulan ni," sua Puan Rohana. Sampul surat di tangan berganti tangan. Tangan Waina digenggam erat. Wajah polo situ juga ditatap lama.

"Terima kasih Waina, masakan kamu memang menyelerakan kami sekeluarga. Kerja kamu sangat bagus," puji Puan Rohana. Siapa sangka gadis berwajah polos merangkap kawan baik anak perempuannya, berusia 24 tahun ini jaguh memasak. Walaupun tak belajar tinggi tapi kemahiran memasak yang Allah kurniakan padanya betul-betul dimanfaatkan dengan baik sekali.

"Mak cik Ana tak perlu nak ucap terima kasih dengan Waina. Sepatutnya Waina yang perlu berterima kasih dekat mak cik sekeluarga sebab sudi nak gajikan Waina kerja di rumah ini. Kalau tak menuai padi di bendanglah jawabnya Waina nanti," canda Waina.

Bahu Waina digosok lembut. "Takde apalah. Selagi mak cik boleh bantu mak cik bantu. Kamu dengan Fatin dari kecil lagi berkawan rapat dan kamu sendiri pun mak cik dah anggap sebagai anak mak cik," tutur Puan Rohana dengan nada lembut. Nada seorang ibu kepada anaknya.

Tiba-tiba air mata Waina mengalir turun. Sebak mencengkam di dada. Tubuh majikannya dipeluk serta merta.

"Terima mak cik," luah Waina dalam tangisan.

"Sama-sama," balas Puan Rohana. Belakang tubuh Waina digosok lembut.

"Assalamualaikum," sapa satu suara garau dari belakang.

Mendengar suara garau itu, Waina cepat-cepat merungkaikan pelukan itu. Hatinya seakan mahu melompat keluar dari badannya. Itu...Itu Abang Ayyad.

"Wa'alaikumussalam, baru balik Ayyad?" Puan Rohana menyambut salam dari anak bujangnya yang bernama Fayyad Helmi.

"Aah, umi. Tadi ada meeting dengan pemborong," balas Fayyad berbaur kelesuan. Dia menapak masuk. Wajah Waina yang menunduk kaku dikerling. "Dah nak balik ke Waina?" tegurnya sebaik berdiri tegak di hadapan Waina.

Waina panggung wajah sekilas kemudian tunduk kembali. "Err... ya Abang Ayyad," jawab Waina dalam gugup.

"Nak abang hantarkan?" pelawa lelaki itu.

Waina terkedu. Abang Ayyad nak hantar aku balik? Waaa... terharunya. Aci tak kalau aku cakap aku nak? Waina bersorak riang dalam hati yang sudah berbunga itu.

"Hmmm... bo..."

"Satu tambah satu dikurang satu...'

Tiba-tiba telefon bimbit Fayyad berdering, dengan pantas dia menyambutnya.

"Ya sayang, ada apa?" sahut Fayyad sebaik panggilan disambung. Dia terus berlalu tanpa meminta izin dari Waina mahupun Puan Rohana yang berada di situ. Maklumlah buah hati telefon. Orang lain sudah jadi bayang kabur di matanya.

Waina senyum sungging. Kecewa dan berkecil hati dengan tingkahlaku yang dipamerkan Fayyad kepadanya. 'Waina cuba kau kena sedar diri sikit. Abang Ayyad tu pemilik kilang batik terbesar dekat negeri ni. Harta pun bertimbun-timbun tak larat nak dikira. Dah tu pula muka dia bajet model. Tapi kau? Anak yatim piatu yang takde harta langsung! Belajar pun setakat tingkatan tiga, PMR pun tak sempat nak exam. Hidup asyik kena bayar hutang-piutang mak bapak! Apalah sangat dia nak pandang kau tu Waina oii...'

JODOH YANG DITAKDIRKAN aka CALON ISTERI KEDUAWhere stories live. Discover now