Part 40

5.3K 65 11
                                    


BAB 40

Setiap kali terfikir negatif cubit tubuh agar sentiasa sedar siapa diri kita!Tugas kita berdoa dan berdoa kepada Allah. Dia sangat dekat dengan kita yang memabulkan semua doa kita ingat! Jangan sesekali berputus asa. Apa yang ditakdirkan adalah yang terbaik untuk kita!- Prof Muhaya

"Jangan risau Hira boleh menghasilkan susu sendiri. Ada beberapa teknik sama ada dengan menggunakan ubat pil atau rangsangan puting. Dalam hal ini, rawatan ubat pil yang digunakan untuk merangsang pembentukkan susu namun teknik merangsang puting harus diguna pakai untuk mengurangkan kesan samping ubat pil. Berdasar dua kaedah ini teknik ransangan puting mudah dan sangat berkesan."

"Macam mana teknik tu Kak Maria?" Pantas Shahira bertanya.

Tidak sabar dia mahu tahu cara bagaimana menghasilkan susu badan walaupun dia ada pengalaman beranak.

"Teknik ransangan puting termasuk urutan payu dara, urutan puting dan menghisap puting sama ada oleh bayi ataupun mesin pam payudara. Hira juga perlu tahu susu tidak keluar secara serta merta mungkin dalam tempoh seminggu atau sebulan selepas ransangan puting dilakukan tapi biar kena dengan cara urutanlah. Peringkat awal, payu dara puan akan mengalami perubahan sedikit, susu akan keluar setitik dua kemudian baru puan akan merasakan perubahan warna pada puting atau kawasan persekitarannya. Payu dara akan terasa sakit sesetengah wanita akan merasa haus dan perubahan pada nafsu serta kitaran haid dalam tempoh itu," berjeda Doktor Maria memberi penerangan.

Kedua wajah tetamunya pada hari ini ditatap lembut. Dia cuba memberi nasihat apa yang patut.

"Macam mana sayang, nak cuba atau kita cari ibu susuan saja untuk pasangan kembar kita?" Riyad di sebelah bertanya.

Shahira kalih seraya tersenyum nipis. Paha Riyad disentuh lembut sebelum dia bersuara.

"Hira nak cuba teknik urutan payu dara. Apa yang disarankan oleh Kak Maria ada betulnya berbanding pil baik Hira guna cara urutan lagipun badan Hira masih lemah dengan ubatan-ubatan ini. Abang, Hira harap abang benarkan Hira untuk buat semua ini ya.

Hira nak rasa bagaimana perasaan seorang wanita menyusukan anak. Ya, Hira tahu walaupun Hira tak melahirkan dorang Hira tetap ibu mereka juga tapi naluri itu tak sama abang, Huna tetap ibu kedua bagi mereka. Sekurang bila mereka disusu oleh Hira sendiri, darah Hira akan mengalir dalam diri mereka kasih sayang lagi bertambah, bolehkan abang?"

Riyad terdiam seketika kemudian dia mengangguk. Dia tidak berani untuk membantah naluri seorang wanita yang cukup dahagakan belaian cahaya mata sendiri.

"Saya nak bagitahu banyak persoalan yang timbul, adakah susu ibu yang dihasilkan cara ini mempunyai nutrisi yang cukup untuk pertumbuhan bayi, menurut kajian doktor pakar, protein susu yang dihasilkan secara ransangan ini adalah sama dengan komposisi purata protein yang dihasilkan oleh ibu yang hamil cuma kandungan kepekatannya berkurang. Hmmm... saya syorkan pada Hira sesekali guna susu formula memandangan anak kamu berdua kembar dan badan pun masih lagi lemah. Jangan risau ini apa yang kita manusia mengkaji kerja Allah kita tak tahu macam mana nantikan?" jelas Doktor Maria lagi.

"Terima kasih Maria." Riyad terlebih dahulu mengucapkan rasa terima kasihnya.

"Sama-sama nanti kau bolehlah bawa Hira ke sini untuk sesi rawatan ransangan payu dara."

Riyad mengangguk.

Shahira pula tersenyum bahagia. Dia berharap sangat dia payu daranya boleh menghasilkan susu sendiri.

"Sayang..." Riyad menarik kepala bahu Shahira rapat ke dadanya sebaik mereka masuk ke dalam kereta. Ubun-ubun wanita itu kucup lama.

"Abang kenapa ni?" Shahira cuak.

JODOH YANG DITAKDIRKAN aka CALON ISTERI KEDUAWhere stories live. Discover now