BAB 39
"BONDA ada nampak Hira tak?" soal Riyad sebaik dia muncul dari bilik.
Pasangan kembar yang baru dilahirkan dibiarkan Tengku Sarah menjaganya.
"Hmmm...tak nampak pulak. Tadi masa kita ke kubur dia ada dekat wakaf kayu bawah sana, kenapa dia dah balik?" soal Datin Melida pulak.
"Entahlah bonda, Yad tak nampak lagi batang hidung dia." Dingin saja suara Riyad. Dia menghenyek punggung di sebelah Datin Melida yang keseorangan di dapur.
"Yad betul ke Yad dah tak mahukan Hira lagi? Bonda faham perasaan Yad tapi cubalah faham perasaan dia, sayang. Isteri yang tidak dapat melahirkan zuriat adalah isteri yang dirasakan tidak sempurna buat suaminya. Itulah Hira rasa sekarang. Bila tengok Huna mengandung dan Yad melayan Huna lebih dari dia, pasti dia terasa dirinya disisihkan.
Masa rumah nenda hari tu bonda dapat lihat kesedihan hatinya, tapi dia cuba tahan supaya nampak kuat depan kita. Dulu masa Huna takde Yad selalu dengan dia untuk membela dia semasa dia kena sindir dengan nenda. Pada malam itu bonda terkejut sangat bila Yad sendiri menuduh dia tolak Huna. Bonda dapat rasakan betapa kecewanya hati dia ketika itu. Yad tak sepatutnya buat macam tu, sayang. Hira dan Huna dua-dua isteri Yad. Hati kedua-duanya pun Yad perlu jaga sebab itu nenda melarang keras anak cucu cicit dia kahwin dua." Datin Melida menasihati anak tunggalnya.
Riyad meramas kepalanya dengan kuat. Hati sudah gelisah.
"Yad cintakan dia bonda. Yad tak terniat nak berpisah dengan dia. Mungkin sebab marah sangat Yad terlepas cakap. Sejak Huna mengandung Hira banyak berubah. Selalunya dia tak gitu! Diawal kehamilan Huna dialah yang paling gembira tapi..." Riyad mati kata.
Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu terus dia bangkit.
"Bonda Riyad perlu cari Hira. Tolong jagakan anak-anak Yad, ya?" Tanpa menunggu jawapan dari Datin Melida terus dia keluar dari situ.
Datin Melida sudah cuak. Apa yang Tengku Sarah cakap dekat Shahira dia simpan. Tidak mahu cetuskan peperangan lagi antara dua cucu itu.
"SAYA boleh hantar puan dekat sini saja. Ini tiket bas untuk ke Johor sekejap lagi, puan hati-hati ya?"
Fatin menghulurkan sekeping tiket bas ke Johor kepada Shahira.
"Terima kasih Fatin. Semoga Allah membalas jasa awak nanti. Harap Fatin tak bagitahu Riyad yang Fatin jumpa dengan akak. Kak tak nak dia tahu."
Fatin mengangguk. Mereka berpelukan seketika.
"Saya pergi dulu puan." Fatin mengundur diri.
"Fatin hampir akak terlupa. Ini ada sepasang baju untuk si kembar. Nanti bagi dekat abang ya." Sepasang baju diambil dari beg lalu dihulurkan pada Fatin
"Baik puan."
Mereka saling membalas senyuman. Langkah Fatin yang semakin menjauhi dia dipandang sampai hilang dari pandangan.
Shahira mencari tempat kemudian dia melabuh duduk di bangku. Sebuah keluhan keluar dari mulut. Lepas ni, semuanya akan berubah. Kehidupan dia dan status akan berubah. Dari menjadi seorang isteri bertukar menjadi janda. Allah beratnya ujian ini.
Riyad mengeluh berat sambil melabuh duduk di wakaf. Dia baru balik dari tanah perkuburan untuk mencari Shahira. Dia yakin Shahira ada dengan Fatin di dalam kereta milik setiausahanya. Dia cukup kenal susuk isterinya itu. Cuma tadi dia terlalu penat dan sedih jadi dia abaikan wanita itu.
'Mereka takde di sana. Mereka ke mana? Memang aku nampak dia dengan Fatin dalam kereta tu. Haaa... Sayang, maafkan abang. Abang tak terniat pun nak berpisah dengan sayang.'
YOU ARE READING
JODOH YANG DITAKDIRKAN aka CALON ISTERI KEDUA
Roman d'amourMengisah sepasang suami isteri yang tidak mendapat persetujuan daripada nenda Tengku Sarah. Tengku Riyad Mirza seorang suami yang setia walaupun isterinya Shahira Dahlia mengidap endometriosis dan lumpuh kedua belah kaki akibat kemalangan. Shahira t...