SEKARANG Riyad sudah bahagia, betul-betul bahagia dengan Huna dan juga Shahira. Dia sudah dapat menerima kehadiran dua jiwa dalam hatinya. Semua itu datangnya dari Allah yang mencampakkan ke dalam hatinya. Semakin hari semakin mekar mewangi cintanya buat Huna dan terhadap Shahira pula tidak pernah menguncup layu. Dua-dua dia sayang. Dua-dua dia cinta.
"Amboi! Sakan gelak boleh nak sertai sekali?" celah Shahira yang baru sahaja menapak masuk ke dalam secara perlahan-lahan. Tangan pula berpegang pada dinding rumah.
Terlihat kelibat Shahira terus sahaja Riyad bangkit untuk mendapatkan isterinya, memapah wanita itu untuk duduk sama.
"Takde apa-apa sayang. Abang cuma buat pesanan penaja saja. Jangan pernah skip makan takut nanti terjejas pada kandung dan kesihatan Huna sendiri," kata Riyad sebaik membantu Shahira untuk duduk di sebelah kanan Huna manakala dia duduk si sebelah kiri Huna.
"Fasal itu abang jangan risau! Ni haa... Kak Hira dia akan pastikan adik Huna makan mengikut masa. Bodygaurd ni garang tak macam bodygaurd sebelah sana. Isteri merengek tak mahu makan terus sahaja mengikut bukan nak paksa." Kening Shahira terjungkit sebelah sambil memandang wajah Riyad. Tawa Huna sudah terburai halus.
"Abang sayang bini sebab tu abang taknak paksa!" Riyad membela diri.
"Sayang bini tak semestinya mengikut apa yang Huna minta, tapi pastikan kesihatan Huna dan anak dalam kandungan ini sihat sejahtera abang sayang oii,"
"Amboi bila bab Huna, Hira bertegas ya. Kalau tiba bab Hira yang selalu tak dengar cakap abang suruh makan ubat untuk cepat sembuh tu, taknak diungkit?" Kali ini Riyad pula yang mengjunkitkan keningnya sebelah.
"Abang copy paste perbuatan Hira mana aci!
"Aci tak aci! Sayang dan ayang tetap kena makan apa yang disarankan oleh pihak hospital."
Dalam ribut-ribut Shahira dan Riyad bertengkar manja kepala Huna tiba-tiba berdengut. Kepala terasa berat. Seraya dia memicit pelipisnya.
"Kenapa ni Huna?
"Ayang kenapa ni?" Serentak mereka berdua bertanya.
"Abang dengan akak janganlah risau. Huna takde apa-apa cuma pening sikit sahaja ni,"
"Abang bawa Huna ke atas mungkin Huna penat ni.
"Baiklah." Terus sahaja Riyad mencempung Huna untuk naik berehat ke atas.
Shahira hanya memerhati.
"Kak Hira okey tak ni?" Tiba-tiba Khairina masuk ke dapur dan terus bertanya kepada Shahira.
"Okey apa?" Dahi wanita itu berkerut. Tak faham kenapa Khairina boleh bertanya begitu kepadanya.
Khairina yang baru sudah mengemas di ruang tamu secara sengaja mendengar kemesraan mereka bertiga. Bila nampak Riyad dan Huna naik ke atas terus sahaja dia mendapatkan Shahira seorang diri di dapur.
"Saya benar-benar kagum dengan akak. Akak masih boleh bertahan hidup serumah dengan madu sendiri malah dalam keadaan Huna yang sedang hamil sekarang. Kak Hira langsung tak cemburu dengan dia? Kalaulah saya ditempat Kak Hira mahu satu dunia saya mengamuk."
Shahira pandang Khairina yang sudah melabuh duduk di hadapannya tanpa berkerdip.
"Kenapa awak cakap macam tu Rina, akak tak faham?"
"Yalah akak. Akak masih boleh bertahan bila suami akak begitu menyayangi Huna dari akak. Tengoklah sekarang sejak anak dalam kandungan Huna ada nyawa. Tuan Riyad nampak langsung tak boleh berenggang dengan dia. Setiap saat pasti berkepit akak tak rasa cemburu ke? Dulu Rina tengok hampir setiap hari hanya akak di sisi dia sekarang dah berganti orang.
YOU ARE READING
JODOH YANG DITAKDIRKAN aka CALON ISTERI KEDUA
RomanceMengisah sepasang suami isteri yang tidak mendapat persetujuan daripada nenda Tengku Sarah. Tengku Riyad Mirza seorang suami yang setia walaupun isterinya Shahira Dahlia mengidap endometriosis dan lumpuh kedua belah kaki akibat kemalangan. Shahira t...