Part 37

4.3K 86 9
                                    

BAB 37

NYAWA Huna bagaikan berada di hujung tanduk. Nafasnya tercungap-cungap. Dia takde tenaga untuk meneram lagi. Berpasrah sekarang jika nyawa diambil sekarang dia rela dijemput Illahi asalkan anak-anak ini selamat menjenguk ke dunia.

'Aa..abang janji dengan Huna yang abang akan ada di sisi Huna. Abang... Di mana abang?' Tersekat-sekat hati suara berbisik, menahan kesakitan. Saat ini dia sangat memerlukan suaminya.

Dia dipaksa bersalin tidak kena waktunya. Akibat hentakan kuat, air ketubannya pecah dan bayi-bayi terpaksa dikeluarkan kerana takut lemas. Saat ini juga Riyad tiada di sisinya. Dia hampir tewas dalam perjuangan ini.

"Puan jangan pejam mata tu. Tolong bukak. Sikit lagi." Kecoh si doktor memesan.

Dia semakin lemah.

'Huna, jangan pejam mata sayang, tolonglah...' Terdengar suara yang cukup dirindui. Perlahan-lahan dia buka mata.

"Mek.. Ayoh.." Serunya lemah.

'Nak, teruskan perjuanganmu nak. Jangan mengalah.' Kata-kata semangat dari ibu dan ayah tercinta membuat dia bersemangat sedikit. Walaupun hanya dia yang nampak.

"Puan sikit lagi puan kepala dah nampak ni!" jerit doktor perempuan di hujung kaki Huna.

Huna meneram sehabis tenaganya. "Allah...Abang...Sakittt...Allah..." Huna menjerit. Merintih pada suami yang tiada di sisi.

Dia rasa habis segala urat sendinya putus saat ini. Kepala dia pening bagaikan darah menyerbu naik ke wajahnya. Hanya Allah sahaja yang tahu rasa kesakitan itu. Dalam pasrah Huna berserah kepada Allah.

Beberapa minit kemudian. Dengan izin Allah akhirnya telah lahir sepasang mujahid dan mujahidah cilik dari rahim Huna. Anugerah Allah kepada mereka bertiga. Lahirnya sepasang bayi yang bersih tanpa dosa ibarat kapas lembutnya. Doktor yang bertanggungjawab menyambut kelahiran bayi-bayi mereka terus menyerahkan kepada jururawat untuk dimandikan.

Sepatutnya tugas Riyad sebagai bapa untuk mengazankan dan mengiqamahkan ke telinga bayi pasangan kembar itu sebelum bisikan syaitan yang menyapa. Tapi lelaki itu nasib lagi belum sampai.

Bayi yang seberat 2.0 kg kerana tak cukup bulan diletakkan di sebelah Huna. Bayi yang selesa terbalut dengan kain hanya membulatkan mata. Seolah dia menatap wajah Huna lama untuk mengingati wajah si ibu yang sudah payah bertarung nyawa melahirkan mereka ke dunia ini.

Huna senyum seraya mencuit pipi gebu itu salah seorang daripada pasangan kembar. Tiba-tiba keajaiban berlaku bayi itu senyum sambil terpejam. Mulut pula luas ternganga. Bila mana ibu jari Huna sampai ke mulut itu terus dihisap.

'Abang...Ini hadiah dari Huna untuk abang dan Kak Hira. Jaga mereka seperti mana abang jaga Kak Hira. Halalkan makan minum Huna...Apa yang terkurang layanan Huna pada abang, Huna harap abang maafkan kesalahan Huna. Kak Hira, Huna sayangkan akak. Huna tak pernah berniat nak rampas kedudukan dia di sisi abang.'

'Huna sangat penat, abang. Letih sangat. Huna nak tidur. Mahu berehat sepuasnya. Seandainya kita tak sempat berjumpa, maafkan semua kesalahan Huna.' Rintih dia lagi.

Saat mata terpejam. Skrin di monitor bergaris panjang. Menandakan nyawanya sudah diambil malaikat maut.

"FATIN! Macam mana keadaan Huna?" sergah Riyad sebaik tiba di hospital sambil tercungap.

Sepanjang perjalanan hatinya cukup gelisah, memikirkan keadaan Huna. Tambah pula dia terpaksa tahan telinga menadah bebelan dari nenda tercinta.

Fatin seraya menggeleng. "Saya tak tahu bos. Saya lihat banyak darah keluar.. saya takut. Saya call bos berkali-kali tapi satu pun tak dijawab."

JODOH YANG DITAKDIRKAN aka CALON ISTERI KEDUAWhere stories live. Discover now