Untitled Part 16

2.5K 22 1
                                    

DENGAN sekali lafaz Tengku Riyad Mirza sah menjadi suami kepada Huna Suriana berwalikan Pak long Malik di masjis Kampung Periok. Mak long Zahrah yang dipaksa hadir diri ke majlis itu hanya bermasam muka. Dia langsung tidak ambil peduli fasal anak buah suaminya. Bagi dia lepas Huna kahwin dia tak perlu lagi mengadap gadis itu. Majlis untuk menjamu para tetamu pun Mak long Zahrah tidak menyediakan langsung. Atas alasan Huna bukan anak dia. Dia taknak ambil peduli yang dia peduli wang 3 juta bakal dia miliki.

Usai mengaminkan bacaan doa selamat pengantin baru, Riyad menapak seraya melutut di hadapan Huna untuk menyarung cincin di jari manis isteri keduanya itu. Takut-takut Huna mahu menghulur tangan. Ini kali pertama dia bersentuhan dengan seorang lelaki.

"Terima kasih Huna sudi jadi isteri abang," ucap Riyad seraya mengucup ubun-ubun Huna. 

Lidah Huna kelu untuk bersuara. Wajah segak Riyad mengenakan baju melayu ditatap hiba. Air mata mengalir turun. Tapak tangan yang kasar habis melencun basah terkena air matanya. Sungguh dia tak mampu nak gambarkan perasaan sekarang. Terlalu gembira dan terharu kerana dia baru saja menukar status dirinya. Dia dah bebas dari dibelenggu hutang piutang. 

"Abang, saya nak jumpa mak long dan pak long sekejap," pinta Huna sebaik semua tetamu mula beransur turun dari masjid.

 Tak ramai yang hadir ke majlis ini. Hanya keluarga pak long dan keluarga Fatin serta kenalan rapat saja. Pernikahan yang tergesa-gesa persiapan pun ala kadar saja. Tetamu yang hadir, Puan Rohana dan Encik Ramli sudah menjemput pergi ke rumah mereka untuk menjamu selera. Sebagai penghargaan untuk majlis Huna sebagai pekerja serta anak angkatnya. 

"Baiklah, abang izinkan." Kepala Huna yang lengkap bertudung digosok sekejap sebelum melepaskan gadis itu pergi mendapatkan pasangan itu.

 Huna tersenyum manis sebelum menapak pergi.

 "Pak long, mak long, Huna nak ucap terima kasih. Huna tahu Huna banyak menyusahkan keluarga ini. Ampunkan Huna. Halalkan makan minum dan tempat tinggal selama Huna tinggal dengan mak long dan pak long," suara dia. Tangan Pak long Malik diraih lalu dikucup kemudian beralih kepada Mak long Zahrah pula.

"Hmmm...sekarang kau bukan lagi bawah jagaan aku. Kau sekarang dah bersuami. Segala hal kau, aku tak akan ambil peduli lagi," ujar Pak long Malik, kedengaran agak kasar.

"Lepas ni, kalau laki kau bawa kau dari sini kau tak nak balik pun takpe. Aku dengan pak long tak nak ambil kisah pasal kau. Dah pergi!" Mak long Zahrah dah menghalau.

Huna kecil hati. Tangisan cuba ditahan selagi boleh. Dia mendapatkan Zaim dan Zulaikha di sebelah memandangkan yang lain tidak hadir di majlisnya.

 "Zaim, Ika, lepas ni Kak Huna nak pergi jauh. Mungkin kita tak dapat nak jumpa lagi. Kak Huna nak pesan ni, jaga mama dan babah baik-baik ya. Jadi anak yang baik untuk mereka. Kak Huna doakan Zaim dan Ika berjaya dunia akhirat." Tubuh Zaim dan Zulaikha, dia peluk kemas.

"Kak Huna jangan tinggalkan Ika...lepas ni Ika nak cakap dengan siapa?" Zulaikha sudah merengek sendu.

"Aahlah Kak Huna. Nanti siapa nak tolong Zaim melukis?" Zaim dah sebak. 

Dada Huna semakin sebak dan sesak. Walaupun mak long dan pak long bencikan dia namun mereka berdua itu sudah dia anggap macam adik-adiknya sendiri. Sekali lagi air mata dia melimpah keluar. Tidak sanggup untuk berpisah dengan Zaim dan juga Zulaikha.

"Zaim, Ika tak payah nak menangis sangat! Dia tu pergi ikut suami dia bukannya pergi mati! Dah mari balik," ujar Mak long Zahrah kasar. Tangan kedua orang anaknya direntap dari pelukan Huna untuk dibawa pulang.

"Huna, jangan nak melayan mak long awak tu nanti awak sendiri juga yang sakit hati. Jom kita ke rumah Fatin," lembut saja Riyad memujuk. Hujung bahu kanan Huna dipeluk rapat ke dada. 

JODOH YANG DITAKDIRKAN aka CALON ISTERI KEDUAWhere stories live. Discover now