Bab 11
Dengan sekali lafaz Tengku Riyad Mirza sah menjadi suami kepada Huna Huwaina berwalikan Pak long Malik di masjis Kampung Periok. Mak long Zahrah memaperkan senyuman palsu dan plastik kerana terpaksa menghadirkan diri dalam majlis itu. Itupun disebabkan Pak long Malik yang paksa. Nak harapkan keikhlasan yang lahir dari hati Mak long Zahrah, maaflah ya. Dia tak hingin! Majlis untuk menjamu para tetamu pun Mak long Zahrah tidak menyediakan langsung. Atas alasan Waina bukan anak dia. Dia taknak ambil peduli yang dia peduli wang7 juta bakal dia miliki.
Usai mengaminkan bacaan doa selamat pengantin baru, Riyad menapak seraya melutut di hadapan Waina untuk menyarung cincin di jari manis isteri keduanya itu."Terima kasih Huna sudi jadi isteri abang," ucap Riyad seraya mengucup ubun-ubun Waina.
Lidah Waina kelu untuk bersuara. Wajah segak Riyad mengenakan baju melayu ditatap hiba. Air mata mengalir turun. Tapak tangan yang kasar habis melencun basah terkena air matanya. Sungguh Waina tak mampu nak gambarkan perasaan dia sekarang. Terlalu gembira dan terharu kerana dia baru saja menukar status dirinya. Waina dah bebas dari dibelenggu hutang piutang.
"Encik Riyad, saya nak jumpa mak long dan pak long sekejap," pinta Waina sebaik semua tetamu mula beransur pulang. Tak ramai yang hadir ke majlis ini. Hanya keluarga pak long dan keluarga Fatin serta kenalan rapat saja. Pernikahan yang tergesa-gesa persiapan pun ala kadar saja. Tetamu yang hadir Puan Rohana dan Encik Ramli sudah menjemput pergi ke rumah mereka untuk menjamu selera.
"Baiklah, abang izinkan," kepala Waina yang lengkap bertudung digosok sekejap sebelum melepaskan gadis itu pergi mendapatkan pasangan itu. Waina tersenyum manis sebelum menapak pergi. "Pak long, mak long, Waina nak ucap terima kasih. Waina tahu Waina banyak menyusahkan keluarga ini. Ampunkan Waina. Halalkan makan minum dan tempat tinggal selama Waina tinggal dengan mak long dan pak long," suara Waina. Tangan Pak long Malik diraih lalu dikucup kemudian beralih kepada Mak long Zahrah pula.
"Hmmm...sekarang kau bukan lagi bawah jagaan aku. Kau sekarang dah bersuami. Segala hal kau, aku tak akan ambil peduli lagi," ujar Pak long Malik. Langsung tak tersentuh dengan kata-kata Waina. Sayang kepada gadis itu hanya setitis saja yang ada.
"Lepas ni, kalau laki kau bawa kau dari sini kau tak nak balik pun takpe. Aku dengan pak long tak nak ambil kisah pasal kau. Dah pergi!" Mak long Zahrah dah menghalau.
Waina kecil hati. Tangisan cuba ditahan selagi boleh. Waina mendapatkan Zaim dan Ika di sebelah memandangkan yang lain tidak hadir di majlisnya.
"Zaim, Ika, lepas ni Kak Waina nak pergi jauh. Mungkin kita tak dapat nak jumpa lagi. Kak Waina nak pesan ni, jaga mama dan babah baik-baik ya? Jadi anak yang baik untuk mereka. Kak Waina doakan Zaim dan Ika berjaya dunia akhirat," tubuh Zaim Adam dan Ika, Waina peluk kemas.
"Kak Waina jangan tinggalkan Ika...lepas ni Ika nak cakap dengan siapa?" Ika sudah merengek sendu.
"Aahlah Kak Waina. Nanti siapa nak tolong Zaim melukis?" Zaim dah sebak.
Dada Waina semakin sebak dan sesak. Walaupun mak long dan pak long bencikan Waina namun anak-anak pasangan itu sudah Waina anggap macam adik-adiknya sendiri. Sekali lagi air mata Waina melimpah keluar. Tidak sanggup untuk berpisah dengan Zaim dan juga Ika.
"Zaim, Ika tak payah nak menangis sangat! Dia tu pergi ikut suami dia bukannya pergi mati! Dah mari balik," ujar Mak long Zahrah kasar. Tangan kedua orang anaknya direntap dari pelukan Waina untuk dibawa pulang.
"Huna, jangan nak melayan mak long awak tu nanti awak sendiri juga yang sakit hati. Jom kita ke rumah Fatin," lembut saja Riyad memujuk. Hujung bahu kanan Waina dipeluk rapat ke dada.
YOU ARE READING
JODOH YANG DITAKDIRKAN aka CALON ISTERI KEDUA
RomansaMengisah sepasang suami isteri yang tidak mendapat persetujuan daripada nenda Tengku Sarah. Tengku Riyad Mirza seorang suami yang setia walaupun isterinya Shahira Dahlia mengidap endometriosis dan lumpuh kedua belah kaki akibat kemalangan. Shahira t...