Part 29

3K 73 11
                                    


"KAK HIRA seronok betul Rina hari ni. Main dengan budak-budak tu buat Rina bahagia sangat. Esok Rina nak ikut pergi lagilah," suara Khairina.

Mereka berdua baru lepas melawat Tadika Dahlia milik Shahira di Taman Temerloh Jaya.

"Kak Hira dah cakap Rina taknak dengar. Rina akan rasa betapa seronoknya teroka dunia kanak-kanak ni. Bila dah rasa sendiri perasaan tu mesti nak datang sini lagi," balas Shahira sambil tergelak. Dia menarik kerusi besi yang dicat putih lalu melabuh duduk di atasnya.

"Aah, betul cakap Kak Hira. Main dengan mereka hilang semua stress. Rasa tak sabar aje nak kahwin dan cepat-cepat nak dapat anak." Khairina sudah mula teruja. Dalam otak sudah mengimbas figure wajah suci si kanak-kanak yang tidak menanggung dosa lagi. Comel dan cute. Lincah dan petah bertutur.

"Kalau dah Rina cakap macam tu, nampak gayanya akak kena cari penganti Rinalah ni. Sampai seru kahwinlah dan cepat-cepat lahir anak yang comel. Anak ini saham untuk kita di alam akhirat kita nanti. Bila kita dah takde dekat dunia doa anak yang soleh dan solehah akan sampai kepada kita. Rina beruntung sebab dapat merasai peluang itu, tapi akak...akak tak akan rasa semua itu lagi. Rasa pengalaman bagaimana mengandung apatah lagi pengalaman nak rasa bagaimana melahirkan seorang anak," sayu sahaja Shahira bertutur.

"Maafkan Rina, Kak Hira." Kharina turut mendung dia dapat rasa perasaan wanita itu.

"Tak perlu minta maaf Rina. Sudah tertulis takdir ini untuk akak, lagipun dengan adanya taska dan tadika takdelah Kak Hira sunyi sangat. Dan tak lama lagi rumah ini sendiri akan menyambut kelahiran anak-anak Huna. Lagilah akak gembira," tutur Shahira tulus. Cuba menutup rasa sedih.

"Akak tak terfikir nak ambil anak angkat?Rasa sendiri bagaimana menjaga bayi?" Khairina semakin galak bertanya.

Shahira gelak kecil sebelum menjawab. "Rina dalam hidup ni kita kena bersikap matang. Tapi tak semua dapat menerima pendapat kita. Kita tak boleh nak ikut sangat kehendak kita kalau nak keluarga kita bahagia Rina. Bila kita kahwin ni banyak pihak yang perlu kita jaga tak semestinya perasaan kita saja. Kalau akak ikut kehendak akak tak wujudlah Huna dalam keluarga kami. Sudah namanya manusia, kadang kala tertewas dengan emosi tapi Allah ada. Berhubung sentiasa denganNya pasti hidup kita tenang. Masalah anak sekarang akak dah taknak fikir lagi sebab akak yakin Allah dah aturkan yang terbaik untuk akak,"

Khairina mengangguk lembut. Susah nak tembus dasar hati wanita itu. Sangat positif.

"Assalamualaikum!"

Shahira dan Khairina serentak kalih ke pintu pagar sebaik ada yang memberi salam.

"Zetty?" Shahira hairan dengan kedatangan gadis itu tanpa memberitahu dahulu.

Khairina terus mendapatkan romate control untuk membuka pintu pagar. Sebaik pintu terbuka Zetty terus berlari mendapatkan Shahira. Seraya memeluk tubuh wanita itu sebaik dia mendekat.

"Kak Hira sihat?" tanya Zetty sebaik dia melabuh duduk di hadapan Shahira.

"Alhamduillah macam nilah keadaan akak, Zetty. Setiap hari kena makan ubat dan menjalani kehidupan seperti biasa yang bezanya akak dapat pergi ke tadika lagi,"

"Baguslah kalau macam tu senang hati Zetty kalau akak dah sembuh. Zetty tak sabar nak keluar dengan akak. I miss you so much sis." Tapak tangan kanan Zetty sudah melekat di bibir kemudian dikucup lalu dihembus kepada Shahira.

Shahira gelak. Dia dah tahu soal itu. Zetty seorang gadis yang genik dan manja. Suka bershopping dan berbual tak kira masa. Dia senang dengan gadis itu walaupun pemakaian Zetty agak ala kebaratan.

JODOH YANG DITAKDIRKAN aka CALON ISTERI KEDUAWhere stories live. Discover now