EMPAT TAHUN mendatang...
"Sayang, petang nanti bonda suruh kita bawa si kembar ke rumah dia. Bonda cakap dia rindu nak main dengan mereka," suara Riyad di satu pagi.
Dia sedang duduk bersantai di ruang tamu membelek surat khabar langsung tak kalih pada isterinya yang sibuk mengvakum permaidani di ruangan itu.
Shahira seakan dengar tak dengar saja butir bicara suaminya itu. Dia segera mematikan alat vakum.
"Abang cakap apa tadi? Hira kurang jelas," soalnya.
Riyad melipat surat khabar dan meletakannya di atas meja sebelum menarik tangan Shahira untuk dibawa ke ribanya.
"Kurang jelas ke tak dengar. Petang nanti kita ke rumah bonda sebab rindu nak bermain dengan si kembar." Rambut panjang Shahira dielus lembut.
Shahira berfikir seketika sebelum bibir menyapa pipi Riyad.
"Boleh, apa pulak tak bolehnya. Kembar tu kan cucu mereka juga. Majlis kahwin Zetty bulan depan kan?"
"Aah. Tak sangka juga abang dia cari orang Kelantan. Dulu beria kutuk orang Kelantan sebab tak sukakan Huna. Tengok-tengok dia sendiri cari orang sana." Riyad sudah gelak.
"Itu orang cakap kalau benci jangan benci sungguh nanti terbalik." Syahira juga turut gelak sama.
Mereka menyepi seketika.
"Hira rindukan Huna, abang. Dah empat tahun dia tinggalkan kita rasanya baru semalam Hira duk borak-borak dengan dia," suara Shahira dalam sebak.
"Abang pun rindukan dia juga. Dia banyak sangat tolong kita. Dia juga telah melahirkan Wirdas dan Wardina untuk kita berdua. Betapa mulianya dia pada kita, semoga roh dia dicucuri rahmat..."
Tak sempat nak menyambung Shahira mencelah.
"Dia adalah calon isteri kedua abang yang begitu polos. Dia adalah calon isteri kedua abang yang jujur dalam bicaranya. Dia adalah calon isteri kedua abang yang menepati janjinya, dengan tidak mahu berebut untuk mendapatkan cinta abang daripada Hira..."
Shahira berhenti seketika untuk menyedup udara.
"...Demi memenuhi impian terakhirnya untuk bersama suami tercinta walau seketika cuma, dia sanggup merayu pada Hira agar abang menemani dia di saat-saat terakhirnya. Dia sanggup tadah telinga untuk mendengar amukan Hira padanya dengan sabar. Dialah Huna Suriana bukan lagi calon tapi isteri kedua abang yang sah.
Dia lebih mulia dari Hira. Walaupun dia tidak belajar tinggi tapi kehidupan dia yang susah telah mencerdikkan akal fikirannya daripada Hira yang belajar sampai ke Mesir sana. Hebatnya dia pada kita kerana telah memberikan pasangan kembar yang juga baik sepertinya. Pemergiaan dia tak dapat nak dicari ganti." Air mata Shahira menitis turun.
Riyad segera menyeka lembut.
"Inilah yang dinamakan jodoh yang ditakdirkan. Bersatu kerana jodoh. Berpisah kerana ajal. Huna mahupun Hira kedua-duanya abang sayang. Hira ada kelebihan tersendiri pada abang, begitu juga dengan Huna. Masing-masing ada kelebihan yang Allah kurniakan dan hanya abang yang layak untuk melihat dan memiliki kelebihan sayang berdua.
Abang khilaf dengan sikap abang sendiri. Dulu masa dengan Hira, abang layan macam nak taknak aje Huna bila abang dah sedar yang abang juga cintakan dia, abang buat tak layan Hira. Selalu ada dengan Huna ketika dia hamilkan anak-anak, perasaan Hira abang abaikan. Abang lupa yang abang ada dua orang isteri, perlu abang berlaku adil. Maafkan abang sayang." Riyad mengucup tapak tangan Shahira seketika sebelum menyambung bicara.
YOU ARE READING
JODOH YANG DITAKDIRKAN aka CALON ISTERI KEDUA
RomanceMengisah sepasang suami isteri yang tidak mendapat persetujuan daripada nenda Tengku Sarah. Tengku Riyad Mirza seorang suami yang setia walaupun isterinya Shahira Dahlia mengidap endometriosis dan lumpuh kedua belah kaki akibat kemalangan. Shahira t...