Part 6

3.7K 73 3
                                    


Bab 6

"Abang," panggil Shahira sebaik kelibat Riyad baru keluar dari bilik air.

Riyad sedang mengelap rambut yang basah terus kalih pada sang isteri sudah terbaring di katil. Tuala yang terlilit longgar di pinggang diketatkan sedikit sebelum melabuh duduk di birai katil, "ada apa sayang?"soalnya.

"Hira rasa abang sendirilah cari calon isteri abang tu. Hira dah tak tahu dekat mana lagi nak cari calon yang sesuai untuk abang. Daripada lima orang calon tu Hira berkenan dekat Khairina, tapi sayang dia sudah larikan diri belum sempat nak akad nikah," tutur Shahira lembut. Lengan Riyad disentuh lembut.

Teringat lagi Shahira pada kejadian seminggu yang lepas di mana ketika rombongan dia sibuk-sibuk buat persiapan, satu panggilan yang diterima dari Khairina kepada Riyad telah meragut kebahagiaannya. Khairina mengkhabarkan dia tak sanggup nak berkongsi kasih. Masuk calon semata-mata mahukan wang bukannya saja nak jadi madu. Malah gadis itu telah melarikan diri bersama wang ringgit dan hadiah yang lain. Luluh hati Shahira. Sangkakan pilihan dia tepat, tapi lain pula jadinya. Khairina sama saja dengan yang lain. Tidak ikhlas. Itu semua sudah ditentukan oleh Yang Esa.

"Itu namanya bukan jodoh abang dengan dia, sayang. Atau mungkin ditakdirkan abang tak akan kahwin satu lagi," laju Riyad membalas. Senyuman manis terleret di wajahnya. Sebelum bangkit untuk mencari baju di kabinet almari sempat dia mengucup dahi isterinya.

"Ish, abang ni! Tak kira Hira nak jugak abang kahwin. Abang masih ingat lagi ada ustaz bagitahu dalam kursus kahwin yang abang heret Hira dari Johor ke Temerloh dekat masjid Abu Bakar dulu, ustaz cakap dalam sesebuah perkahwinan setiap pasangan sememangnya mahukan cahaya mata sendiri yang lahir dari perkongsian hidup yang sah. Adalah menjadi matlamat utama perkahwinan selain untuk mengeratkan kasih sayang, kehadiran cahaya permata hati juga merupakan penyambung zuriat dan keturunan dalam kehidupan mereka. Isteri pula adalah orang yang terpenting serta pelengkap kepada suami dalam urusan pentadbiran dan pengurusan rumah tangga. Adalakanya isteri juga terpaksa mengambil alih tugas-tugas suami ketika ketiadaannya. Dengan keadaan Hira yang macam ini macam mana Hira nak jalankan tanggungjawab Hira pada abang? Hira memang dah tak dapat nak lahirkan penyambung zuriat abang apatah lagi nak uruskan rumah tangga kita. Sebab itu Hira ikhlaskan hati supaya abang cari isteri sorang lagi. Hira gagal nak cari calon untuk abang, lepas ni Hira ikut citarasa abang sendiri nak cari isteri yang macam mana. Terpulang pada abang." Hujung bicaranya ada sendu tersembunyi.

"Betul ni Hira tak kisah abang nak cari yang macam mana?" soal Riyad kembali sebaik baju pijama tersarung elok di tubuh. Dia panjat katil lalu berbaring di sebelah Shahira. Pinggang wanita itu dirangkul lembut.

"Hira percayakan abang. Hira yakin abang tak akan tinggalkan Hira walau bagaimanapun keadaan," balas Shahira tenang dan jujur. Tangannya turut nak naik untuk melingkari tubuh sasa sang suami. Ya dia yakin dengan cinta dan sayang Riyad kepadanya. Siapa pun calon Riyad dia akan terima.

"Ini yang buat abang semakin sayang dekat Hira ni. Rasa nak batalkan aje niat nak kahwin lagi satu. Walaupun kita takde cahaya mata sendiri kita boleh ambil anak angkat sayang,"

"Hira taknak macam tu abang. Hira nak abang ada anak abang sendiri. Anak yang boleh mewarisi harta abang nanti,"

Riyad diam sesaat. Berlawan kata dengan Shahira yang lembut itu dia yang kalah. Dia tahu itu pasti hasrat nenda. Tidak mahu anak angkat mahu darah keturunan dari mereka juga.

"Lusa abang akan turun ke Kelantan, minta bantuan abang untuk projek pembinaan perumahan untuk disewa. Mungkin dalam seminggu dua abang dekat sana, Hira nak ikut abang ke sana tak? Mana tahu nak tukar angin," Riyad bertanya. Topik berbualan sudah melencong ke bidang lain.

JODOH YANG DITAKDIRKAN aka CALON ISTERI KEDUAWhere stories live. Discover now