RIYAD mengeluh berat. Fikiran dia sangat buntu. Wajah kedua orang isterinya dipandang sepi. Dia angkat kepala memandang siling kemudian menjatuhkan semula bersama keluhan demi keluhan. Pengesahan dibuat sekali sementara menunggu Fatin ke rumah mereka.
"Sayang, betul ke sayang nak Huna keluar dari rumah ini?"
Shahira mematung.
"Abang macam tidak percaya bila sayang bersetuju. Sedangkan dulu sayang yang beria-ia menyambut Huna tapi sekarang...ah!" Riyad sudah buntu.
Shahira diam lagi.
"Sayang sanggup berpisah dengan abang selama 2 bulan ni? Sanggup ke?"
Shahira pejam mata sesaat. Kembali membuka dan melihat wajah Huna kelihatan suram di sebelah Riyad.
"Kalau abang nak saya bertambah sakit, abang tak perlu tunaikan permintaan ini. Huna boleh terus tinggal di sini dan saya akan keluar dari rumah ini."
"Shahira Dahlia! Apa yang dah merasuk fikiran sayang ni?" suara Riyad sudah meninggi sedikit. Dia bangkit sambil memicit kepala. Bila terlihat Khairina setia di sisi Shahira terus dia menyembur panas gadis itu.
"Rina kau yang hasut bini aku?"
Khairina sudah terkulat-kulat.
"Abang! Jangan nak menfitnah Rina. Abang yang tak berlaku adil terhadap kami!" Shahira turut meninggikan suara.
Riyad ketap gigi. Tersentap apa yang keluar dari bibir isterinya itu.
"2 bulan saja yang Hira minta. Kalau abang mahu lebih ataupun selama-lamanya dengan Huna, Hira...Hira tak akan halang abang."
"No! Huna mahupun Hira abang tak akan lepaskan. Baiklah kalau itu yang Hira minta, jangan hubungi abang dalam 2 bulan kecuali hal penting saja." Riyad sudah buat keputusan.
Dia malas nak berbahas dengan wanita itu lagi. Semakin dibahas semakin dia rasa sakit. Dia takut bila marah menguasai dia akan terlepas cakap.
Huna hanya membisu. Membiarkan suaminya membuat keputusan.
Shahira kalih sebelah. Tanpa disedari orang sekeliling, air matanya menitis turun. Hatinya sudah merintih. Banyak dosanya.
"Assalamualaikum!"
Terdengar suara Fatin memberi salam di luar, Khairina bingkas bangun untuk mendapatkan tetamu itu.
Sebaik masuk ke dalam, Fatin pandang Riyad, Huna dan Shahira silih ganti. Kelihatan tegang saja. Semalam dia mendapat panggilan daripada lelaki itu supaya bersiap-siap untuk pulang ke Kelantan tanpa penjelasan.
"Fatin dah sampai. Huna, abang rasa kita dah boleh bertolak ni," suara Riyad. Dia mencapai beg lalu melangkah keluar. Wajah Shahira dia langsung tak pandang.
Huna bangkit. Dia dibantu oleh Fatin.
Shahira cuba kawal keadaan. Dia mencapai beg pakaian Huna untuk diletakkan ke dalam bonet.
"Kak Hira, kami pergi dulu. Rina jaga Kak Hira baik-baik. Ubat dia jangan lupa." Sempat Huna menitipkan pesanan. Tugas yang menjadi rutinnya akan dilepaskan kepada gadis itu.
"Jangan risau. Itu sudah jadi tugas saya." Khairina membalas.
Riyad hanya memandang wajah Shahira. Lama. Raup wajahnya berubah mendung. Dia seolah telah kehilangan isterinya yang dulu.
Selepas bersalaman dengan Shahira, Riyad, Huna dan Fatin masuk ke dalam kereta dan terus meluncur pergi. Keluar saja dari perkarangan rumah besar itu Fatin terus menyoal bosnya.
YOU ARE READING
JODOH YANG DITAKDIRKAN aka CALON ISTERI KEDUA
RomanceMengisah sepasang suami isteri yang tidak mendapat persetujuan daripada nenda Tengku Sarah. Tengku Riyad Mirza seorang suami yang setia walaupun isterinya Shahira Dahlia mengidap endometriosis dan lumpuh kedua belah kaki akibat kemalangan. Shahira t...