SHAHIRA menyiapkan pakaian tidur untuk Riyad. Dia duduk di birai katil sambil menanti kelibat Riyad untuk masuk ke sini. Lama dia menunggu tapi lelaki belum muncul-muncul. Biasa dalam pukul enam setengah Riyad akan masuk mandi dan bersiap-siap untuk tunaikan solat maghrib secara berjemaah dalam bilik ini. Sekarang dah pukul tujuh kelibat Riyad masih juga belum muncul.
Shahira mula cuak. Malas untuk terus menunggu lagi, Shahira bangkit dan mahu keluar mendapatkan Riyad di bilik Huna. Saat tangan mahu dia mengetuk daun pintu bilik Huna, secara tidak sengaja dia terdengar perbualan antara pasangan itu tanpa disedari.
"Kaki Huna selalu kejang setiap malam." Rengek Huna.
"Laa, kenapa tak bagitahu abang?" cuak Riyad terus mengurut lembut kedua belah kaki isterinya.
"Huna taknak susahkan abang. Lagipun kalau Huna bagitahu abang bukan selalu abang tidur dengan Huna. Huna kan kena bergilir dengan Kak Hira."
"Apa kata sepanjang Huna hamil abang akan tidur dengan Huna. Manalah tahu kot-kot Huna kejang atau berlaku apa-apa senang abang ada sekali." Riyad masih risau.
"Macam mana dengan Kak Hira nanti?" soal Huna dengan kening terjungkit. Menanti jawapan dari sang suami.
"Ayang, jangan risau soal ini pasti Kak Hira izinkan sebab dia sayangkan Huna dan kandungan ini jugak kan?"
"Terima kasih abang, Huna sayang abang." Pipi Riyad dikucup riang.
"Abang pun sama." Riyad membalas dengan mencubit lembut pundak hidung Huna.
Saat ini hati Shahira hancur. Bergegar seluruh tubuhnya. Air mata menitis turun tanpa dia pinta. Riyad sudah berubah. Seolah Riyad melebihkan Huna dari dia sudah tidak perlukan dia lagi. Sampaikan giliran dia mahu dibagi pada Huna sepenuhnya. Itulah yang dia fikiran sekarang.
Bila terdengar derapan tapak kaki Riyad menuju ke pintu cepat-cepat Shahira berlari untuk masuk ke biliknya dan berlagak seperti tiada apa-apa yang terjadi.
"Sayang, maaf abang dari bilik Huna tadi. Badan dia lenguh-lenguh jadi abang tolong urutkan." Suara Riyad sebaik kakinya melangkah masuk ke dalam. Wajah lelaki itu jelas terpancar bahagia.
Shahira senyum dalam duka. Riyad tak cakap banyak. Dia mencapai tuala mandi dan terus menghilang ke bilik air.
Shahira pegang dadanya. Sakit sangat rasanya tapi tak mampu hendak luahkan.
"Mulai hari ini kita solat dalam bilik Huna, ya. Kandungan dia semakin sarat jadi tak larat nak jalan sangat. Doktor pun ada pesan, dia tak boleh jalan kuat nanti kakinya semakin sembab," bicara Riyad sebaik dia melangkah keluar dari bilik air. Baju yang tersedia di katil terus dicapai dan menyarung ke badan. Kain pelekat juga disarung ke tubuh.
"Hmmm..." Shahira menjawab dalam tengkuk. Senyuman diukir sebagai penyejuk mata suaminya.
Dia bangkit dan terus masuk ke bilik air untuk berwuduk. Keluar sahaja dari bilik air kelibat Riyad sudah tiada. Dia mengeluh berat. Malas-malas dia mencapai kain telekung solat sebelum menuju ke bilik Huna.
Usai menunaikan solat maghrib berjemaah Riyad tidak menyalami isteri-isterinya kerana dia mahu menyimpan wuduk untuk solat isyak nanti. Sementara menanti isyak, Riyad dan Huna memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran dengan bergurukan Shahira memandangkan wanita itu agak mahir dalam bidang ini.
"Kak Hira betul tak Huna baca ni?" tanya Huna. Wajah Shahira dipandang dengan dahi berkerut sedikit.
Fikiran Shahira melayang ke tempat lain. Sedikitpun bacaan Huna tidak masuk ke telinganya. Saat ini dia memikir kehidupan dia setelah Huna selamat melahirkan. Sama ada cinta Riyad utuh buatnya atau semakin luntur.
"Kak Hira okey tak ni? Huna tengok akak macam tak sihat aje," soal Huna cuak.
Bagaikan tersedar terus Shahira bersuara. "Tak! Kak Hira sihat,"
"Iyalah sayang. Sejak petang tadi lagi abang perhatikan sayang, asyik mengelamun aje kenapa?" tokok Riyad pula.
Allahuakbaruallahuakbar....
"Hah dah isyak pun." Laju wanita itu bersuara. Nafas lega ditarik panjang sebaik suara azan kedengaran. Seakan mahu mengelak dari terus disoal. Dia tidak mahu Riyad mahupun Huna dapat kesan keresahan yang mula wujud dalam hatinya.
Riyad semakin pelik dengan perubahan wanita itu. Seakan ada yang disembunyikan.
LANGKAH Shahira terus terhenti bila Riyad tiba-tiba mencempung Huna semasa mereka meniti turun.
"Abang...jatuh nanti!" Huna menjerit seraya memeluk leher Riyad dengan kejap.
"Jangan risau abang tak akan biarkan ayang jatuh ke bawah," jawab Riyad sambil gelak besar.
Air mata Shahira tumpah. Hati juga bagai dihiris halus-halus dengan pisau belati. Terasa dirinya semakin dipinggirkan. Perbuatan Riyad tidak sekata dengan bicara sendiri. Tak tahan untuk menyaksikan kemesraan itu, terus dia berlari masuk semula ke bilik. Tubuh dihempas ke katil dan muka menyemban ke bantal. Dia menangis sepuas hati.
"Abang dah berubah. Abang dah tak sayangkan Hira lagi, sampai hati abang! Mana janji-janji abang dulu? Abang janji akan terus menyayangi Hira sampai Hira mati. Nenda, bonda dan tak kiralah sesiapa yang tak sukakan Hira...Hira boleh terima tapi...bila dah abang sendiri mahu pinggirkan Hira lebih baik Hira tarik diri.." Shahira merintih sendiri.
Tok! Tok! Seseorang mengetuk pintu biliknya.
"Kak Hira! Tuan Yad suruh turun makan!"
Rupanya Khairina yang datang membawa pesanan dari Riyad.
Shahira terus menyeka air mata. "Cakap dekat abang, Kak Hira tengah cakap dengan ibu ni." Pembohongan tercipta.
Sepi. Tiada jawapan dari Khairina. Shahira membalikkan tubuhnya mengadap siling.
Seminit kemudian...
"Sayang!" Riyad muncul di bilik itu dengan serta merta.
Segera Shahira bangkit dan mencapai telefon di meja dan buat bercakap dengan ibu angkatnya di talian. Tujuannya mahu menyembunyikan kesedihan dia.
"Sayang kenapa ni?" soal Riyad lagi. Dia sudah melabuh duduk di sebelah Shahira. Pelik dengan sikap sang isteri.
Shahira letak telefon sambil mengesot sedikit. Memberi ruang kepada lelaki itu.
"Sayang sakit?"
Shahira geleng tanpa bersuara. Wajah Riyad dia tatap lembut. Senyuman cuba diberikan walaupun agak payah.
"Ibu perlukan apa-apa ke?" tanya Riyad lagi. Menginginkan kepastian.
Shahira geleng lagi.
"Sayang senyap macam mana abang nak tahu masalah sayang?" Suara Riyad kedengaran macam nak marah saja dengan perangai Shahira.
Mereka senyap untuk seketika waktu.
"Sayang dah kenapa, tak kan dah bisu? Abang tanya bukan nak jawab. Sakit nanti tanggung sendiri!" Habis bicara terus Riyad angkat punggung dan keluar dari bilik itu. Kesabaran Riyad sudah terbatas.
Terdengar pintu bilik ditutup kasar Shahira memalingkan wajahnya ke muka pintu. Empangan air matanya pecah lagi. Tengoklah sekarang Riyad dah tak dapat nak menahan kesabaran dengan dia lagi.
Mana perginya sifat lemah lembut dan kesabaran dalam diri Tengku Riyad Mirza buat Shahira Dahlia?
Berapa kali lagi harus dia terus menderita dengan kehidupan ini? Jika takdir jodoh dia dengan Riyad hanya setakat ini redhakah dia? Mahukah dia tinggalkan rumah ini dan kembali ke rumah anak yatim semula?
Tapi perlu lagi ke dia pertahankan rumah tangga ini sedangkan cinta Riyad beralih arah? Shahira binggung sendiri.
YOU ARE READING
JODOH YANG DITAKDIRKAN aka CALON ISTERI KEDUA
RomantizmMengisah sepasang suami isteri yang tidak mendapat persetujuan daripada nenda Tengku Sarah. Tengku Riyad Mirza seorang suami yang setia walaupun isterinya Shahira Dahlia mengidap endometriosis dan lumpuh kedua belah kaki akibat kemalangan. Shahira t...