Part 10

3.8K 82 3
                                    


Bab 10

Waina termenung sendiri di dapur. Sedang berfikir perbualan dia dengan Riyad. Tiba-tiba dia rasa ragu dengan keputusan dia. Rasa macam mahu tarik diri pun ada tapi dia sudah berjanji tidak akan tarik diri dan tak nak jadi orang munafik. Nak tak nak dia kena teruskan perkahwinan ini. Ikan dalam kuali langsung dia tidak sedar sudah hanyit.

Fatin kebetulan masuk ke dapur terus menjerit."Waina ikan tu dah hangitlah!" Cepat-cepat dia tutup api gas.

"Kenapa ni Waina?" soalnya.

"Fatin betul ke apa saya buat ni?" Waina tiba-tiba menyoal.

"Buat apa?" soal Fatin kehairanan.

Waina mengangkat ikan yang hampir hangit tadi di kuali ke dalam pinggan. Menapak ke meja dan melabuh duduk sebelum dia buka mulut.

"Kahwin dengan bos awak dan jadi isteri kedua dia. Saya rasa takut pulak," jujur Waina bertutur.

Fatin mengekor, "Waina saya nak cakap tak berani. Saya memang tak sanggup untuk berkongsi kasih dengan orang yang saya sayang. Tengok keadaan tersempit nak saja saya bagitahu Abang Ayyad supaya kahwin dengan awak berbanding saya lepaskan awak pada bos saya. Abang Ayyad sendiri sudah ada kekasih. Siapa tak kenal dengan pak long awaktu bila papa saya nak beli tanah itu dia tak bagi sebab dia tahu pasti papa akan serahkan tanah itu pada awak. Yang saya pelik kenapa pak long awak tiba-tiba bersetuju bila bos saya pergi err..." cepat-cepat Fatin gigit jari. Hampir dia membongkar cerita sebenar.

"Kenapa Fatin?" Waina kerut dahi.

"Eh, takde apa-apalah. Saya cuma nak cakap bos saya tu awak jangan risau dia tak akan seksa awak nanti. Isteri dia pun sangat baik hati. Percakapannya pun sopan. Senang cerita dia seorang wanita yang sangat lemah lembut."

"Habis kenapa dia nak tambah isteri?"

Fatin garu kepala. "Yang tu awak kena tanya bakal suami awak nantilah ya,"

"Banyak yang saya tak tahu pasal dia, Fatin. Macam mana orangnya. Kahwin bukan perkara yang senang nak hidup bukan sehari dua tapi sepanjang hayat."

Fatin tiba-tiba gelak. "Waina kenapa tak fikir panjang dulu sebelum buat perjanjian dengan bos saya? Dengar sini mungkin apa yang Waina rasa tu perasaan yang biasa bagi orang nak bina masjid akan rasa. Iblis-iblis mencucuk dan menghasut untuk robohkan masjid bakal terbina lagi. Okey sekarang apa yang Waina perlu buat perbanyakan solat istikarah minta petunjuk dariNya. Orang cakap kehidupan selepas perkahwinan ini sangat indah,"

Waina mengangguk, setuju dengan kata-kata Fatin.

"Dah jangan nak fikir sangat hal ni. Sekarang Fatin nak Waina tenangkan diri dulu buat macam biasa aje ya?"nasihat Fatin. Kedua belah tangan Waina digenggam erat. Oleh memberi semangat kepada sahabatnya itu.

"Terima kasih Fatin." Balas Waina seraya terus.

Usai kerjanya Waina bersiap-siap mahu pulang ke rumah. Dia panjat basikalnya dan mahu keluar dari perkarangan rumah itu. Masa dia mahu keluar kereta yang dipandu oleh Fayyad masuk dan berhenti.

"Eh,Waina dah balik ke?" Soalnya sebaik menjatuhkan cermin kereta. Menahan Waina dari pergi.

Waina senyum dan mengangguk. "Aah,kerja Waina dah selesai."

"Boleh abang berbual-bual dengan Waina sekejap?"

Waina membisu.

"Bolehlah Waina abang ada sesuatu nak cakap ni," Fayyad masih memujuk.

JODOH YANG DITAKDIRKAN aka CALON ISTERI KEDUAWhere stories live. Discover now