Part 25

3.2K 60 2
                                    

PETANG itu Shahira terlalu gembira dan tidak sabar nak melihat reaksi Riyad tentang keadaan dia sekarang. Resah saja dia. Ibarat cacing kepanasan. Jam di dinding entah berapa kali dikerling. Dada berombak teruja. Telapak tangan digosok-gosok menandakan dia memang tidak sabar nak menantikan kepulangan Riyad dari kerja. Biasanya tepat jam lima setengah petang kelibat Riyad pasti dah muncul di depan pintu, tapi sekarang Riyad lewat lima minit.

"Kak Hira, duduklah dulu. Kaki akak kan masih lagi lemah. Abang mungkin lewat lagi balik," pujuk Huna. Dia sendiri resah bila melihat keterujaan Shahira.

"Sekejap lagi abang akan sampai percayalah. Kak Hira pasti abang akan balik tepat pada masanya kalau dia takde ke mana-mana lepas kerja. Kalau ada dia pasti memaklumkan hal ini lebih awal lagi," jawab Shahira sambil tersenyum.

Dia cuba menyenangkan hati. Dia memang terlebih teruja. Dulu dia sambut kepulangan Riyad dalam keadaan berkerusi roda kini dia akan sambut suaminya itu dalam keadaan berdiri. Sebagai seorang isteri yang cukup sifatnya.

Tiba-tiba terdengar bunyi enjin kereta memasuki perkarangan rumah mereka.

"Kan Kak Hira dah cakap abang akan balik tepat pada waktunya. Tak sabar akak nak tengok reaksi abang nanti." Shahira dah mengenggam tangan Huna.

"Huna pun sama. Pasti abang terkejutkan?" Huna pula mengoncangkan tangan mereka. Sama-sama tak sabar menanti.

"Okey kita tunggu abang masuk."

Debaran di hati masing-masing kian terasa. Cemas dan gelisah. Teruja dan gembira sudah bercampur gaul.

"Assalamualaikum." Riyad melangkah masuk. Salam diberi. Sebaik terlihat isterinya sudah tersengih di depan dia sekarang. Riyad pelik sedikit.

"Ini dah kenapa berdiri macam nak menyanyi lagu Sultan Pahang aje abang tengok?" soal Riyad.

Shahira dan Huna saling bermain mata sambil tergelak kecil. Mereka tahu Riyad masih tidak perasaan.

"Dah tak reti nak duduk ke cik puan berdua ini? Membazir saja abang beli sofa mahal-mahal kalau taknak duduk," ujar Riyad lagi seraya mendekati kedua isterinya.

Sesaat kemudian... Mata Riyad membulat. Rahang bawah hampir jatuh ke lantai.

"Allah! Betul ke apa yang abang lihat ni? Hira dah boleh berdiri?" laju saja Riyad menerpa tubuh Shahira dan terus memeluk kemas tubuh wanita itu.

"Abangg... Hira tak boleh nak bernyawa..." Shahira dah sesak nafas.

"Maaf, maaf abang tak sengaja. Syukurlah sayang dah boleh berjalan semula. Abang terharu sangat."

Sebaik melepaskan rangkulan wajah Shahira pula yang menjadi mangsa kucupan bertubi-tubi dari Riyad. Mahu dia tak gembira hampir dua tahun Shahira menjadi cacat kini kaki yang lumpuh itu sudah pulih.

Kerana terlalu gembira Riyad dengan bersahaja mencempung tubuh Shahira lalu memusingkan tubuh mereka.

"Abang tak percaya semua ini. Sayang abang dah kembali. Sayang abang dah kembali kepada abang...Terima kasih ya Allah..." laung Riyad dengan kuat. Perkataan kembali diulang banyak kali. Itu menandakan jiwa dan perasaan Shahira juga telah kembali kepadanya. Shahira yang dulu telah kembali.

Huna di sebelah tersenyum hambar. Tiba-tiba hatinya sakit bila melihat kemesraan Riyad dan Shahira. Haih sejak bila Huna mula pandai nak rasa cemburu ni? Dulukan dah janji taknak rasa cemburu. Tapi Huna juga manusia biasa pasti akan datang rasa itu. Huna dah tahan hati dari rasa sebak bila dipinggirkan.

"Abang jangan lupa ucapkan terima kasih kepada Huna. Hunalah orang paling berjasa. Dia selalu mengurut dan menjemur Hira dibawah embun setiap pagi. Kalau tak belum tentu Hira dapat berjalan lagi," ujar Shahira sebaik Riyad berhenti berpusing.

JODOH YANG DITAKDIRKAN aka CALON ISTERI KEDUAWhere stories live. Discover now