Part 32

3.4K 69 10
                                    


"MACAM MANA keadaan isteri aku, Maria?" tanya Riyad sebaik Doktor Maria, kawan rapat Riyad merangkap doktor peribadi Shahira.

"Penyakit dia datang lagi ke?" gusar hatinya.

"Yad janganlah risau. Hira takde apa-apa mungkin dia terlalu penat tapi, boleh aku cakap sikit?"

Riyad mengangguk lemah. Tangan sang isteri erat digenggam.

"Aku tak tahu apa yang berlaku antara korang tapi mintak tolong sangat. Tolong jaga perasaan Hira. Aku takut sakitnya datang lagi. Aku takut kesihatan dia semakin melarat. Antara ramai pesakit aku, dia seorang pesakit yang paling positif. Aku ingat lagi masa aku bagitahu yang dia ada sakit endometriosis.

Dia masih lagi boleh tersenyum langsung tidak rasa sedih di raup wajahnya. Dia yakin satu hari sakitnya akan hilang dan dia akan peluang untuk hamil. Sejak itu kami mula rapat dan saling berkongsi cerita. Walaupun dia tak pernah cerita yang dia terluka tapi aku tahu, dia simpan sendiri." berjeda Doktor Maria sambil mengemaskan peralatannya

Riyad senyap. Seakan berfikir sejenak.

"Aku cakap ni bukan aku nak masuk campur urusan kehidupan kau sekeluarga, Yad. Sebagai kawan rapat kau, jangan buat dia tertekan. Aku tahu dia tak perlukan apa-apa dalam hidupnya kecuali perhatian dan kasih sayang dari kau, suaminya."

Riyad terus menatap wajah pucat Shahira yang masih terbaring lemah di katil. Wajah sejuk buat hati dia hilang segala masalah setiap kali menatap. Masih kurang lagi ke curahan rasa kasih dan cinta untuk dia?

"Terima kasih Maria. Mari aku hantar kau ke depan." Riyad mempersilakan wanita itu untuk pulang ke rumah.

"Itu dah tugas aku. Nanti jangan lupa bagi dia makan ubat bila dah sedar nanti."

"Baiklah. Menyusahkan kau datang malam-malam."

Doktor Mariam senyum tipis. Wajah sahabat semasa sekolab menengah dipandang dengan dia di hati, agar rumah tangga lelaki itu aman sahaja sebelum membolos masuk ke dalam kereta dan terus meluncur pergi.

"Rina, saya nak awak bawak minuman dan ubat yang doktor beri tadi ke bilik Puan Hira." Riyad memberi arahan sebaik dia menutup pintu dan ternampak kelibat Khairina yang baru keluar dari dapur.

"Baik tuan."

Setelah Khairina masuk kembali ke dapur. Riyad panjat anak tangga dan masuk ke bilik.

"Macam mana keadaan Kak Hira, masih tak sedarkan diri lagi?" soal Riyad kepada Huna sebaik dia masuk ke bilik.

Huna yang sedang mengusap lengan Shahira terus kalih kemudian menggeleng.

"Belum lagi abang."

Riyad mengeluh berat di muka pintu. Hatinya cukup risau sekarang.

"Hmmm... Kak Hira tak pernah begini sebelum ini." Huna bangkit dari katil seraya mendekati suaminya.

"Abang, Huna dah fikir. Huna akan keluar dari rumah ini demi kebaikan kita bertiga."

"Apa maksud ayang ni? Abang tak izinkan. Dulu elok aje kita hidup bertiga kenapa sekarang perlu berpisah?" Wajah Riyad mula berkerut.

"Huna ada terfikir apa yang Kak Hira cakap tu. Ada betulnya abang. Jika Huna tinggal sebumbung pasti jauh hati. Abang sendiri kan ada dengar apa yang doktor cakap tadi. Kak Hira tak boleh tertekan nanti sakitnya datang balik, jadi biarlah Huna yang berkorban. Huna nak balik kampung dan melahirkan di sana. Tempat asal Huna, bolehkan abang lagipun abang pernah bersetuju dengan cadangan Huna dulu."

"Abang tak mampu nak berulang alik dari Kelantan ke Temerloh ayang, jauh tu. Lagipun abang takut Fayyad akan ambil kesempatan pada ayang masa abang takde di sana." Itu rupanya yang dirisaukan oleh Riyad.

JODOH YANG DITAKDIRKAN aka CALON ISTERI KEDUAWhere stories live. Discover now