Bahan-bahan:
Lapisan bawah:
2 cawan air.
2 sudu besar susu pekat manis
3 sudu besar gula
2 sudu kecil serbuk agar-agar
Pewarna biru 2 titik
Cara:
1) masak macam biasa. Dah mendidih masukkan serbuk agar-agar( cara saya tak nak bagi berketul just layang2 kat atas permukaan air yg mendidih tadi) 2) bila nampak serbuk agar-agar dah hancur baru letak gula, susu dan pewarna.
3)masukkan kedalam loyang biar keras dulu.Agar-agar kiub:
Bahan-bahan:
1 cawan air
11/2 sudu kecil serbuk agar-agar
1 sudu besar gula
Pewarna biru satu titikCara:
1) masak agar-agar seperti biasa.
2) keraskan dalam bekas lain.
3) dah sejuk potong kiub.Lapisan atas:
Bahan-bahan:
2 cawan air
3 sudu besar gula
2 sudu kecil serbuk agar-agarCara:
1) masak seperti biasa. Kacau sampai semua larut.Bahan hiasan:
Longan(dipotong 2)
Biji selasih(rendam dalam air panas dah kembang, tapis)Cara:
1) bila lapisan bawah dah keras, ambil garfu cakar agar-agar tadi. 2) masukkan agar-agar lapisan atas tadi, tuang perlahan-lahan.
3) masukkan agar-agar kiub tadi. Susun cantik-cantik.
4) susun longan atas agar-agar tadi.
5) akhir sekali ambil biji selasih letak atas permukaan agar-agar tadi.*saya suka guna loyang bulat 6".kalau nak buat loyang besar, gandakan yer.
*saya guna serbuk agar-agar. Untuk agar-agar tali saya tak pasti berapa gram. Kena pandai agak-agak.
YOU ARE READING
ANEKA PUDING AGAR-AGAR
Non-FictionHimpunan resepi hidangan pencuci mulut yang sesuai untuk di hidangkan selepas menikmati hidangan tengahari. Sumber dari majalah, facebook, internet dan kawan-kawan.