Bahan-bahan:
10 gram serbuk agar-agar @ 28 gram agar-agar tali
6 gelas air
11/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin laici dalam tin(separuh dikisar kasar, separuh lagi untuk hiasan)Cara:
1) masakkan serbuk agar-agar @ agar-agar tali bersama air hingga mendidih.
2) masukkan gula. Biarkan mendidih lagi. ( jika guna agar-agar tali kena tapis)
3) tutup api. Masukkan air laici dan susu cair.
4) tuang dalam acuan( terpulang nak acuan besar atau mangkuk kecil.) bila dah sejuk masukkan ke dalam peti sejuk.
5) hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi.Nota:
Puding laici Agak lembut sedikit. So kalau nak makan potongkan. (Jika guna acuan besar atau tuangkan dalam bekas dan gunakan sudu kecil untuk makan.
YOU ARE READING
ANEKA PUDING AGAR-AGAR
Non-FictionHimpunan resepi hidangan pencuci mulut yang sesuai untuk di hidangkan selepas menikmati hidangan tengahari. Sumber dari majalah, facebook, internet dan kawan-kawan.