Bahan-bahan:
20 gram agar-agar tali
5 cawan air
1 tin susu pekat manis
1/2 cawan gula
1/2 cawan serbuk koko - dibancuh dengan sedikit air panas.Cara:
1) rendam agar-agar selama satu jam atau lebih.
2) cuci bersih agar-agar dan toskan.
3) masak agar-agar dengan 5 cawan air hingga larut.
4) masukkan gula, susu pekat manis kacau hingga larut. Pastikan api yang digunakan tidak terlalu besar.
5) tambah larutan koko dan kacau sebati.
6) masak hingga mendidih dan tuang ke dalam acuan yang digemari.
7) dinginkan sebelum dihidangkan.
YOU ARE READING
ANEKA PUDING AGAR-AGAR
Non-FictionHimpunan resepi hidangan pencuci mulut yang sesuai untuk di hidangkan selepas menikmati hidangan tengahari. Sumber dari majalah, facebook, internet dan kawan-kawan.