Bahan-bahan:
10 gram serbuk agar-agar
750 ml air
160 gram gula
1 tin susu cair
3/4 cawan milo
1 bungkus biskut oreo(patah 2 tapi biarkan sandwichnya berlapis)Cara:
1) masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga gula larut. Masukkan susu, kacau sebati hingga mendidih.
2) asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain dan campurkan milo hingga sebati.
3) tuang 1 cawan campuran milo ke acuan. Panaskan campuran milo yang separuh lagi dengan api yang paling kecil supaya tidak membeku.
4) apabila permukaannya mengeras sedikit, tuang kesemua adunan putih tadi. Taburkan biskut oreo.
5) apabila permukaan putih mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo.
6) biarkan membeku di suhu bilik sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk.Tips untuk melapis:
*jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuhnya sebab takut lapisan tak melekat.
*jika membeku sepenuhnya, guriskan permukaan dengan garfu sebelum tuangkan lapisan seterusnya.
*pastikan adunan masih panas apabila menuang keatas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dengan baik
YOU ARE READING
ANEKA PUDING AGAR-AGAR
Non-FictionHimpunan resepi hidangan pencuci mulut yang sesuai untuk di hidangkan selepas menikmati hidangan tengahari. Sumber dari majalah, facebook, internet dan kawan-kawan.