Bahan-bahan:
6 keping roti( dipotong kiub)
2 cawan susu segar.
1/2 cawan gula kaster
1 sudu besar mentega
1/4 sudu kecil garam
2-3 biji telur( dipukul ringan)
1 sudu esen vanilla
Sedikit kismis
Sedikit serbuk kayu manisCara:
1) panaskan susu seketika dan bila hampir mendidih, bolehlah diangkat. Masukkan roti dan kacau rata supaya ianya terendam.
2) masukkan mentega, garam, gula. Kacau rata dan biarkan sedikit sejuk sebelum di masukkan telur, supaya telur tak masak.
3) akhir sekali masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata. Jika suka masukkan kismis dan serbuk kayu manis.
4) tuangkan ke dalam loyang saiz 8" yang telah di lenser dengan sedikit mentega. Masukkan loyang ke dalam bekas besar yang diisi dengan air panas untuk membakar secara steam bath.
5)Bakar pada suhu 180° selama 45 minit hingga 1 jam. Sedia untuk dihidangkan.Sos Kastard.
Bahan-bahan:
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
1 tin susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
Cara:
1) campurkan semua bahan susu, tepung kastard, gula dan esen vanilla.
2) kacau hingga tepung sebati( tidak berketul) dan gula hancur. Tapiskan.
3) masak atas api perlahan dan dikacau sentiasa. Kacau sehingga adunan ini benar-benar pekat dan masak.
4) tuang sos kastard ke atas puding roti. Hidangkan.
YOU ARE READING
ANEKA PUDING AGAR-AGAR
Non-FictionHimpunan resepi hidangan pencuci mulut yang sesuai untuk di hidangkan selepas menikmati hidangan tengahari. Sumber dari majalah, facebook, internet dan kawan-kawan.