Bahan-bahan:
2 sudu besar serbuk agar-agar
5 cawan air
250 gram gula
1 sudu nescafe
1 cawan air panas - untuk dibancuh dengan nescafe
250 ml susu cair
Cara:
1) campur semua gula dan serbuk agar-agar, panaskan air dalam periuk dan tuang campuran gula dan agar-agar perlahan-lahan sambil di kacau dan biarkan mendidih.
2) setelah gula dan agar-agar mendidih, bahagi kepada 2 bahagian.
3) masukkan campuran nescafe dalam satu bekas dan campurkan susu dalam bekas yang satu lagi, kemudian tuang selang selikan adunan dalam acuan.
4) bila dah siap biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk.
YOU ARE READING
ANEKA PUDING AGAR-AGAR
Non-FictionHimpunan resepi hidangan pencuci mulut yang sesuai untuk di hidangkan selepas menikmati hidangan tengahari. Sumber dari majalah, facebook, internet dan kawan-kawan.