Bahan-bahan:
Jala mas:
5 biji kuning telur(dibuang tali pusatnya)
1 cawan gula*
2 cawan air*
1 helai daun pandan(disimpul) *
Acuan roti jala yang muncung kecil atau kelonsong daun pisang.
PenapisCara:
1) masukkan bahan bertanda dalam periuk.
2) sambil menunggu air gula mendidih, kita kacau kuning telur hingga sebati dan tapis kuning telurnya.
3) setelah air mendidih, keluarkan daun pandan tadi serta masukkan adunan telur dalam acuan roti jala atau kelonsong daun pisang tadi. ( macam buat butter prawn) untuk mendapatkan urat yang halus.
Tuangkan kuning telur tadi dari tepi periuk secara bulatan. Cara tuang seperti membuat roti jala.
5)jala mas ni tak lama sangat ye dalam air gula. Lepas tuang tunggu sekejap pastu angkat samada guna chopstick atau guna senduk dan toskan airnya.
6) buat lagi sampai 3 @ 4 kali bergantung pada adunan ketepikan.jala mas
Bahan untuk pisang goreng:
Beberapa biji pisang lemak manis @ boleh juga gunakan pisang mas.
Minyak untuk menggorengCara:
1) panaskan kuali dan masukkan minyak serta goreng pisang sebiji(tanpa perlu dibelah)
2)goreng sampai Agak gelap sikit warnanya.Bahan untuk sos kastard:
1 biji telur
400 ml susu cair
1 cawan air
1 helai daun pandan( disimpul)
Sedikit esen vanilla
2-3 sudu besar gula @ secukup rasaCara:
1) masukkan telur, susu cair, esen vanilla kacau sebati.
2) kemudian masukkan air, daun pandan serta gula.
3) masak dengan api sederhana besar, mendidih tutup api.
4) sejukkan kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.Bahan hiasan:
Buah prune(dibuang biji)
Buah ceri hijau dan merah( dipotong 4)
Gajus( digoreng sebentar)Cara:
1)mula-mula dalam bekas, suaun pisang goreng dulu.
2)letakkan jala mas atas pisang goreng sehingga menutup pisang goreng.
3) letak buah prune, ceri hijau, ceri merah serta gajus.
5) curah sos kastard yang sejuk tadi. Sedia dihidangkan.
YOU ARE READING
ANEKA PUDING AGAR-AGAR
Non-FictionHimpunan resepi hidangan pencuci mulut yang sesuai untuk di hidangkan selepas menikmati hidangan tengahari. Sumber dari majalah, facebook, internet dan kawan-kawan.