AGAR-AGAR LAPIS KELADI

347 4 0
                                    

Bahan-bahan:
35 gram agar-agar tali - direndam dan di toskan
1.25 ml air
250 ml santan pekat
200 gram gula
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen keladi
1/2 sudu paste keladi( pewarna ungu)
2 helai daun pandan
Secubit garam
Cara:
1) masak agar-agar dengan air dan daun pandan hingga mendidih dan agar-agar hancur.
2) masukkan gula dan garam, biar mendidih sekali lagi baru masukkan santan dan susu pekat manis.
3) jangan lupa kacau selalu agar tidak melimpah.
4) bila agar-agar telah mendidih, masukkan esen keladi, kecilkan api.
5) separuh dari agar-agar di dalam periuk di masukkan ke dalam loyang dan separuh lagi di biarkan dalam periuk.
6) masukkan paste keladi ke dalam agar-agar di dalam loyang dan membiarkan membeku.
7) apabila agar-agar di dalam loyang membeku, cakar-cakarkan permukaan dengan garfu dan masukkan agar-agar tanpa warna didalam periuk tadi atas lapisan agar-agar ungu tadi.
8)biarkan sejuk baru masukkan ke dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.

ANEKA PUDING AGAR-AGARWhere stories live. Discover now