Bahan-bahan:
24 gram serbuk agar-agar
1 tin susu cair
41/2 cawan air
5 keping roti
1 sudu marjerin
Milo
Gula secukup rasaCara:
1) roti di carik-carik dan di kisar bersama susu cair hingga halus. Ketepikan.
2) masak agar-agar bersama 41/2 cawan air hingga hancur.
3) kemudian masukkan gula secukup rasa.
4) tuangkan adunan roti yang di kisar ke dalam agar-agar tadi.
5) kacau perlahan dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
6) masukkan marjerin untuk mengilatkan agar-agar sambil kacau perlahan-lahan.
7) apabila telah mendidih tutup api.
8) asingkan sedikit adunan dan masukkan milo. Kacau sebati.
9) tuang adunan roti tadi ke dalam acuan secara berselang.
10) sejukkan di dalam peti sejuk.
YOU ARE READING
ANEKA PUDING AGAR-AGAR
Non-FictionHimpunan resepi hidangan pencuci mulut yang sesuai untuk di hidangkan selepas menikmati hidangan tengahari. Sumber dari majalah, facebook, internet dan kawan-kawan.