Bahan-bahan:
25 gram agar-agar tali(dipotong kecil)
1250 ml air
1 tin susu cair
1 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
1 bungkus biskut oreo(dikisar halus)
1 cawan ais krim(apa-apa perisa pun boleh)Cara:
1) masak agar-agar tali dengan 1250 ml air hingga larut.
2) masukkan gula dan kacau sebati.
3) dalam bekas yang lain, blendkan telur, susu cair, aiskrim dan esen vanilla.
4) kemudian satukan dengan adunan agar-agar yang di masak tadi dan kacau rata.
5) akhir sekali, masukkan biskut oreo yang telah dikisar. Kacau lagi hingga sebati & tutup api.
6) sediakan loyang, tuang adunan tadi dan sejukkan dalam peti sejuk.
YOU ARE READING
ANEKA PUDING AGAR-AGAR
SaggisticaHimpunan resepi hidangan pencuci mulut yang sesuai untuk di hidangkan selepas menikmati hidangan tengahari. Sumber dari majalah, facebook, internet dan kawan-kawan.