Bahan-bahan:
10-12 gram agar-agar tali
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 biji telur
31/2 cawan air
11/4 cawan gula( kurangkan jika tak suka)
1/2 sudu kecil garam
2-3 helai daun pandan
Beberapa titik warna hijau
Beberapa titik esen pandan
Cara:
1) basuh agar-agar dan masakkan ke dalam periuk bersama air. Jika gunakan agar-agar serbuk, terus tuang saja.
2) masak hingga mendidih hingga agar-agar larut. Masukkan gula, daun pandan, esen pandan, pewarna hijau, garam dan santan cair. Masak hingga sebati.
3) pukul sedikit telur bersama santan, tapiskan supaya tiada ketulan bila masak nanti.
4) tuang bancuhan santan dan telur ke dalam agar-agar dan kacau sehingga mendidih selama beberapa minit.
5) tuang ke dalam loyang dan sejukkan.
YOU ARE READING
ANEKA PUDING AGAR-AGAR
NonfiksiHimpunan resepi hidangan pencuci mulut yang sesuai untuk di hidangkan selepas menikmati hidangan tengahari. Sumber dari majalah, facebook, internet dan kawan-kawan.