6-p

37 3 0
                                    

Jung Yeonhee terbaring di sofa dengan meletakkan tangan di dahi. Hari ini dia tidak mampu untuk melakukan sebarang aktiviti.

" Joonsoo oppa nanti belikan susu tau. Yeonhee tak dapat nak keluar hari ni. Peninglah. " kata Yeonhee kepada suaminya Joonsoo.

" Yalah, nanti saya belikan. Yeonhee tu, jangan banyak buat kerja sangat. Kan kita ada pembantu rumah. Lagi satu, kalau nak keluar rumah, ajak Puan Min tu.  "

" Baiklah.. Hurm..oppa.. Saya..nak tanya sesuatu, boleh tak ? "

" Tanyalah Yeonhee, apa yang awak nak sorok dari saya ? "

" Heecheol oppa, ada cakap apa-apa pada Joonsoo oppa ke ? Sebab hari tu, Yeonhee tengok dia marah semacam sampai dia lemparkan pinggan ke atas lantai sampai pecah. Ada apa-apa yang tak kena ke ? "

" Takde apa-apa lah Yeonhee, mungkin dia fikirkan kerja lasak dia tu. Biasalah dia kan selalu macam tu. "

" Sebelum ni tak de pulak mengamuk sampai macak tu, terkejut betul Yeonhee dengan perubahan dia. Aduh, risau pasal dia. Dia kan pernah tertekan sebab kes unnie. "

Joonsoo mengetap bibir, dia agak takut-takut untuk menceritakan perkara sebenar kepada Yeonhee, lagipun Yeonhee sedang mengandung, takut emosinya terganggu pulak. Joonsoo membawa Yeonhee memasuki bilik.

" Selamat malam Yeonhee ah.  "

" Nae Joonsoo oppa. "

Joonsoo mengusap ubun-ubun Yeonhee. Dia mengeluh kesal. Dia rasa bersalah yang amat kepada isterinya sendiri.. Namun, sebelum bertemu Yeonhee, In Hae lah yang sering membantunya dalam memiliki semangat untuk meneruskan kehidupan. Tambahan pula, In Hae sudah memiliki pasangan hidupnya sendiri. Joonsoo menyayangi In Hae kerana sahabat baiknya itu tidak pernah melupakannya walaupun In Hae belajar di luar negara. Selama ini, abang iparnya sahaja yang salah faham dalam hal ini.

-----

Jang Min dan Eun Ji sedang menikmati roti pada tengahari itu. Tiba-tiba Detektif Sung Hoon datang ke arah mereka dengan tergesa-gesa.

" Jang Min,  ikut saya sekarang ! " ujar Sung Hoon kepada Jang Min yang sedang menjamah roti.

" Ye tuan ! Eun Ji, tolong habiskan ya. "

" Nae... fighting tau !!! " Eun Ji menepuk-nepuk bahu kanan suaminya. Jang Min tersenyum namun senyuman tidak kekal lama kerana bahu kirinya pula ditepuk oleh Detektif Sung Hoon. Eun Ji memberi isyarat mata untuk menyuruh Jang Min bergegas sekarang.

" Saya dah tahu dah kenapa Choi Dae Woo diperas ugut. Betullah tekaan awak Jang Min. Dia memang sebenarnya berhutang dengan lintah darat dan dia cuba melarikan diri dengan menempah tiket penerbangan ke Singapura. Tapi dia tidak dapat melarikan diri kerana kumpulan penyiasat satu telah berjaya menahan dia. Saya nak bawa awak siasat Choi Dae Woo. "

" Dia dah ada di bilik siasatan ? "

" Sudah, baru je kami tahan dia tadi. Nasib baik tak terlepas. "

Jang Min menganggukkan kepala... Dia mengikut Detektif dari belakang.

----Bersambung----

PSYCHO + SAMEWhere stories live. Discover now