22-p

23 3 0
                                    

Hospital Besar Seoul

Sudah tiga hari Jae Young tidak sedarkan diri walaupun pada empat jam selepas cubaan membunuh diri, dia bertemu dengan Dea.

Lukanya sedalam enam sentimeter. Pisaunya juga berkarat sedikit setelah ditemui doktor semasa membedah pemuda itu .

Park Jae Young POV

Aku mencelikkan mata. Kelihatan suasana di hadapanku sangat terang dan berwarna keputih-putihan...aku ternampak kelibat seorang wanita sedang datang menghampiri aku. Aku pun berdiri dan cuba mengecam wanita itu.

" Jae Young-ah... "

Satu suara bergema di telingaku. Suara seorang wanita.
Seperti suara ommaku.

" Omma ? "

" Jae Young-ah tolong teruskan hidup kamu. Kuatkan semangat. Jangan ikut omma. "

Aku berlari ke arah omma dan memeluknya erat. Air mataku laju mengalir.

" Omma.. Jae Young rindukan omma. Omma...jangan tinggalkan Jae Young.. "

" Omma tak pernah tinggalkan Jae Young. Omma ada di sisi Jae Young. "

" Omma tipu ! Jae Young tak nampak omma pun.. "

" Jae Young sayang... kalau Jae Young rasa ada angin lembut yang menghampiri Jae Young, percayalah omma ada di sisi Jae Young. Jangan menangis lagi sayangku. Kuatkan semangat kamu. Omma akan rasa sedih lagi kalau kamu sedih dan cepat berputus asa. "

" Jae Young, tak kuat omma. Jae Young perlukan omma. "

" Tapi, omma tak perlukan Jae Young. Jae Young anak tak guna ! "

Omma menolakku. Wajahnya yang cantik hilang dari wajahnya. Kini, yang aku lihat, hanya wajah yang kosong.

" Kau boleh mati dengan kesalahan kau tu ! " suaranya bertukar garau.

" Omma.. Omma.. "

" Siapa omma kau ?! Omma kau takde anak yang jahat macam kau. Omma kau tak layak ada anak yang tak bersyukur macam kau ! "

Aku ditendang oleh makhluk tidak berwajah itu pada perutku. Perutku mula berdarah. Aku ingin bersuara namun ianya tersekat-sekat.

" Ark.. " aku menyentuh perutku. Darah semakin laju deras keluar dari luka.

Aku ingin mencari kelibat makhluk tadi namun aku tak berjaya kerana kawasan putih yang terang benderang itu dilanda ribut pasir.

" Omma ! Jae Young janji, Jae Young akan jadi anak yang baik. Hanya untuk omma sahaja ! "

Aku terus terduduk sambil menahan rasa sakit di perutku.

End Park Jae Young POV

----

Song Dea POV

Tubuh yang terbaring itu tiba-tiba merenyah seolah-olah ianya terkena serangan sawan.

Aku segera menekan loceng untuk memanggil doktor.

Aku risau kalau-kalau Taehyung mengalami serangan jantung atau apa-apa. Aku tak sanggup kehilangan dia.

Tidak lama kemudian, doktor pun tiba.

" Dea ? Awak kawan kepada pesakit ni ? "

" Ya. Dia tiba-tiba sahaja merenyah. "

"
" Taehyung, kuatkan semangat awak... tolong... "

" Jae Young, tolonglah bangun. Hyung tahu, kau, buat semua ni sebab omma kau. "

" Bangun Taehyung.. "

' Aku...

Tahu aku yang aku bersalah..

Aku minta maaf kepada semua orang..sebab aku telah melakukan perkara yang terkutuk.

Aku rela dihukum..

Aku sedia menerima hukuman itu..'

----Bersambung----

PSYCHO + SAMEWhere stories live. Discover now