67-p+s

38 0 0
                                    

Song Dea POV

Sumpah aku cakap, aku tak berani nak bersemuka dengan Taehyung. Aku tak berani sebab aku takut dia akan lakukan perkara tu lagi. Ingat apa? Ianya menakutkan kerana aku hampir..cair dengan perbuatannya itu.

Tak guna. Bahkan jika dia hilang kesedaran diri, kemungkinan perkara lain yang tidak diingini pula akan berlaku. Nafasku menjadi laju kerana aku tidak sengaja membayangkan adegan-adegan tidak senonoh dalam fikiranku. Bebola mata aku ke kiri ke kanan seolah-olah adegan itu betul-betul terjadi.

" Ya Tuhan. Tolonglah. Aku tak mahu terserempak dengan dia di kampus. Ianya memalukan !! " aku menggenggam tanganku. Pintu bilik aku kuak dan aku kunci. Aku seperti pengintip pula apabila memandang kiri dan kanan. 

Entah mengapa peluh aku banyak pada bahagian kepala aku ketika ini. Bahkan aku seperti baru sertai larian beratus-ratus meter.

Salah dialah! Kim Taehyung tu!

----

Waktu rehat ini, aku mengambil tempat yang agak jauh dari tempat yang ramai dengan pelajar-pelajar. Sesungguhnya aku masih lagi tidak pandai untuk bergaul dengan mereka. Cumanya aku lebih selesa bersendirian di waktu-waktu aku ingin menenangkan diri. Melainkan ada suatu kerja yang aku perlu selesaikan dalam bentuk berkumpulanlah.

Skrin di telefon pintar aku nyalakan. Tetapan 'phone'  aku buka. Contact 'Alice Bub💚' aku tekan.

" Drrt...drrt... "

[ Dalam Talian ]

Dea : Alice babe ! I miss you sooo much. !!
Alice : Me too !!
Dea : So, macam mana dengan sekarang ?
Alice : Happy sangat. Lebih-lebih lagi awak kan dah nak cuti semester lagi.
Dea : Iya ke happy sebab saya nak cuti lagi? Bukan awak happy sebab dah akan off-market ke?
Alice : That is true but I'm glad that you will come back to Korea right?
Dea : About that, I'm not going back for this time because for this time being, I will focus to Student Representative Council. Oh ya, I just got position for Secretary so whenever there are university events that will be carried out, I have to do some works heh.
Alice : I forgot that new students will be having the semester one at there. Sorry. I will wait for you okay?
Dea : That's okay. Okay.

Aku teringat untuk menceritakan perkara yang memalukan itu kepada Alice kerana aku tak suka nak pendam perkara macam tu di dalam hati. Rasa macam terperangkap dan...diperhati.

Alice : Kenapa senyap tu?
Dea : Okay, since you ask, I just throw it out
Alice : Ni mesti pasal Taehyung kan?
Dea : Tahu-tahu jelah dia tu kan. I don't get  it.
Alice : Get it what? Dia ada buat sesuatu kat awak ke?
Dea : Buat sesuatu tu takdelah sesuatu sangat pun. Macam scene dalam drama. Adegan dimana seorang lelaki merapatkan diri pada gadis yang disukainya. Euw.

Sempat lagi aku mengimbas semula kejadian di dalam dewan peperiksaan pagi tadi. Sejujurnya itu adegan yang menggelikan! Perkara begitu mungkinlah nampak manis pada pasangan yang sudah berkahwin, tapi pada aku? Nampak menakutkan, pada Taehyung?

Tidak— Tidak akan aku menjelaskan perkara itu.

Alice:? : Really?! Wow. Lepastu apa jadi?
Dea : Saya larikan diri.
Alice : //BAB!!// ( Alice menepuk sesuatu ) Kenapa lepaskan peluang Dea?
Dea : Peluang awak kata?
Alice : Habis kalau bukan peluang, apa pula?

Susu segar berperisa teh hijau aku sisip. Bercakap di telefon lama-lama boleh buat aku dehidrasi gamaknya jika tidak membasahkan tekak. Setelah minum, aku sambung semula perbualan.

Dea : Saya tak tahulah nak cakap apa yang penting saya nak lari kalau nampak dia. Saya malas nak libatkan diri dalam percintaan ni Alice. Saya belum bersedia.
Alice : Saya faham. Just take your time babe.
Dea : Okey.
Alice : Terima kasih sebab telefon saya hari ni.
Dea : Takde masalah. Saya rindu awak sebab tu saya telefon awak tapi kalau saya tak telefon tu bukan maksudnya saya tak rindu okey? Haahha. Nanti kita berbual lagi.
Alice : Okey sayang saya. Byeee!!
Dea : Nae...

[ Talian dimatikan ]

Aku menyimpan telefon pintarku ke dalam beg. Baki air susu aku sisip sehingga habis. Aku memandang sekeliling. Segalanya terasa sunyi tanpa Alice.

Aaaa aku nak balik Korea semula!

----Bersambung----

PSYCHO + SAMEWhere stories live. Discover now