7-p

36 4 1
                                    

" Encik tahu kan apa akibatnya pinjam duit dari orang macam tu ? Lepas itu bila encik dah kaya, encik lupakan hutang keliling pinggang. Memang patut encik dikejar oleh mereka. "

Choi Dae Woo hanya terdiam.. Dia hanya merenung tepat pada meja dihadapannya. Detektif Sung Hoon membetulkan posisinya di tempat duduk dan memeluk tubuh ke sambil memandang Choi Dae Woo.

" Lagi satu, encik hendak melarikan diri ke Singapura, kenapa encik perlu melarikan diri ? Kalau saya di tempat encik, dah tentulah masalah ini akan bertambah rumit. Encik sepatutnya dah kaya dah memang wajib bayar hutang bukan ? "

" Hoi, yang kau ni nak menyoalkan banyak soalan pada aku ni buat apa ? Apa kau fikir kau sama dengan aku ? Suka hati aku lah nak lari ke tidak asalkan mereka tidak dapat mengejarkan aku lagi ! " herdik Choi Dae Woo

Detektif Sung Hoon tersenyum sahaja, dia memandang ke arah tingkap yang menembusi ruangan i-radio . Kelihatan Jang Min hanya memandangnya lalu dia pun memandang kembali Choi Dae Woo.

" Saya faham..saya faham..encik rasa encik ni mangsa sebab kena kejar dengan along, sebab tu lah encik dengan rasa tak relanya pergi ke sini untuk disoal siasat. "

" Dah tu, kalau kau sendiri dah tahu aku diperangkap, asal kau tak lepaskan aku ?!! " herdik Choi Dae Woo lagi.

" Encik, walaupun encik tidak melakukan jenayah, tapi...hutang encik ni dah tertunggak sebanyak 60 juta won ! Boleh ke encik biarkan macam tu ? Kami kat sini nak cuba bantu siasatan. Kami nak siasat apa yang encik buat dengan duit tu. "

Choi Dae Woo menggerakkan bibirnya seperti berkata sesuatu tetapi tidak dapat didengar, sepertinya mencarut.

" Encik cakaplah sesuatu, takkanlah nak masih macam ni ? Saya tak nak marah-marah. Sebelum mood saya jadi teruk, baik encik jawab soalan-soalan saya tadi. "

" Penting ke ? Aku rasa baik aku lari je daripada jawab soalan kau yang menjengkelkan tu. "

' Tch, orang tua ni. Nak je aku hempuk atau pukau, biar dia dengar cakap aku. '

" Okey macam ni, saya akan tunggu je jawapan encik dan lepas tu kita akan selesaikan dengan cara yang baik. Encik nak yang mana ? Duduk di sini untuk selamanya ke atau nak keluar dari sini ? "

" Kalau aku duduk sini pun, mesti takkan selamat kan ? Sebabnya konco-konco along tu mesti tahu aku kat sini. "

" Kami dah bincang dengan pihak along tu. Dia kata encik tak boleh bayar tak pe dan mereka akan ambil encik sebagai salah seorang dari mereka. Kalau encik berani lah, larilah. Mereka akan cuba cari encik sampai lubang cacing. Encik mahu ke korbankan nyawa sendiri ? "

" Engkau ni, muka je nampak macam tak banyak cakap tapi mulut gatal sangat nak tanya. "

" Habis tu ? Apa gunanya saya jadi Detektif ? Encik, tolong bagi kerjasama. "

" Okey ! Baik.. Aku bagitahu sebabnya.. Aku guna 60 juta won untuk bangunkan sebuah resort tapi aku guna nama along tu sebab aku nak berterima kasih pada dia. Tapi, dia khianat aku dengan merampas hak resort tu dari aku dan dia tiba-tiba tuntut 60 juta won tu. Aku hampir bankrupt dan nasib baik aku ada backup iaitu isteri aku. Sebab tu aku cadang nak lari ke Singapura dengan isteri aku. Kami nak mulakan hidup baru. Tapi, aku tak puas hati, kenapa along tu tamak sangat nak duit sedangkan dia dah rampas resort aku. "

" Okey, jawapan yang saya tunggu-tunggu. "

" Sepatutnya korang pergi tangkap dia, bukan aku. Dan masalahnya ialah siapa yang pergi lapor pasal aku ni ? "

" Siapa yang lapor itu tidak penting. Yang penting sekali, kita dah tahu sebab encik nak lari. Saya bagi pihak polis meminta maaf jika kami mencabul hak encik dan nasihat saya adalah jangan sesekali berani berhutang dengan lintah darat. Encik bagi maklumat tentang mereka itu. "

" Okey.. "

----Bersambung----

PSYCHO + SAMEWhere stories live. Discover now