11-p

27 3 0
                                    

TAMAN SUNGAI HAN

Kemeriahan festival bertemakan ' RAWAK ' menjadikan terlalu ramai orang yang berkunjung ke situ. Terdapat banyak gerai jualan diadakan, tidak kiralah sama ada gerai makanan? Gerai kasut ? Gerai pakaian ? Semuanya ada cuma perlu mengeluarkan wang dan tenaga untuk membeli barang yang diingini dan mengharungi sesakan orang ramai yang datang ke mari.

" Awak, kita duduk sana ! " Dea menarik tangan Jae Young. Jae Young yang sedang mengunyah kek ikan itu mengikut sahaja. Terpaksa berhimpit dengan orang ramai yang bukan sahaja membawa diri sendiri malahan ahli keluarga juga dibawa mereka, dengan melayan kerenah anak-anak kecil yang nakkan itu nakkan ini.

" Takkan awak nak makan kek ikan tu je ? Kan banyak lagi makanan. "

" Ya, memang saya beli yang lain. Tapi, sesak gila, mentang-mentanglah ramai orang. Kena berhimpit dan mungkin akan berlanggaran antara satu sama lain. " Jae Young merungut.

" Baguslah ramai orang, kalau tak, takkan hidup suasana malam ni. "

" Maksud awak ? "

" Yelah, kalau sunyi je mana ada orang nak datang. Taehyung, awak kena tahu kenapa saya ajak awak hari ni. Supaya awak tak rasa bosan dan awak kena happy tau. "

' Tapi, aku terlalu membencikan kebahagiaan, kegembiraan, bagi aku ianya adalah kesengsaraan aku. '

" Saya rasa okey bila dengan awak. Yelah sebab kita hampir empat tahun kenal. Saya boleh letakkan kepercayaan saya pada awak. "

" Yeke ? Terima kasihlah. Saya pun berharap yang kepercayaan saya pada awak pun sama. Taehyung, saya nak tanya sesuatu kat awak . "

" Tanyalah. "

" Awak..ada ahli keluarga ? Yelah sebab awak kan masih muda dan awak duduk rumah seorang diri. "

Jae Young terdiam. Kek ikan nya yang berbungkuskan cawan polisterin di letakkan di tepinya. Dia mengeluh berat.

" Saya cuma ada omma, sejak lahir lagi saya hanya dapat tengok wajah omma, appa saya ? Saya hasil persetubuhan yang orang mungkin akan pandang enteng pada saya ataupun paling tepat, anak nikah, Dea, tapi itu tak menyesakkan saya pun. Cuma saya...saya kehilangan omma masa umur saya 15 tahun. Itulah yang menyesakkan dan meninggalkan kesan yang besar pada saya. "

" Kenapa omma awak meninggal ? "

" Sebab sakit. "

' Sakit yang dibuat-buat memang sakit. Kau tak minta untuk rasa sakit tapi kau terpaksa sakitkan diri kau demi kepentingan orang lain. Supaya mereka tak susah disebabkan kau. Tapi, akhirnya aku yang merasa kesakitan ni.. Terlalu perit. Sampai aku hampir putus asa. Omma aku lakukan perkara tu untuk aku tapi malangnya, aku tak dapat apa-apa faedah pun. Tapi, biarlah omma berehat. Biarlah dia terhindar dari seksa oleh orang yang berduit yang tidak berhati perut itu. Aku lebih rela melepaskannya. '

" Maafkan saya sebab tanya soalan tu. Maafkan saya Taehyung. "

----Bersambung----

PSYCHO + SAMEWhere stories live. Discover now