23-p

30 3 0
                                    

Song Dea POV

Aku hanya memerhatikan dirinya yang terbaring lesu di atas katil. Kesian, dia asyik meracau-racau dengan memanggil-manggil omma nya yang sudah tiada.
Aku pegang tangan dia. Yang aku dengar bukan nama aku, tapi omma dia.

" Berdasarkan rekod rawatan, kawan awak ni pernah mengalami kemurungan.. Oleh sebab itu, dia mula melakukan perkara yang pelik dan...membunuh, sekarang dia dah ditahan.. Dekat luar hospital, beberapa orang polis sedang menjaga kawasan sekitar hospital. "

Kata-kata doktor mengingatkan aku. Hurm, Taehyung ataupun nama sebenarnya ialah Park Jae Young sememangnya sudah bergelar banduan.. tangan kirinya sudah digari pada besi tepi katil. Tapi dah tiga hari dia tidak sedarkan diri. Doktor kata luka kat perut dia dalam. Nasib baik Detektif Sung Hoon datang dan bawa dia pergi hospital.

Tak sangka aku yang dia sorokkan identiti sebenar semata-mata untuk bersembunyi dari polis. Dia..agak..licik..

" Meskipun kita takkan berjumpa lagi lepas ni, kita saling mengingati kan ?? "

Aku menyoalnya walaupun dia masih tidak sedarkan diri.

Pihak polis dah sahkan yang dia akan duduk dalam penjara seumur hidup. Memang aku susah nak terima hakikat.. dialah kawan aku...yang selalu ada di sisi aku..

Tapi ni untuk kebaikan dia juga. Biarlah dia menerima balasan yang setimpal buatnya supaya dia sedar apa yang dia lakukan tu salah.

Rasa kasih sayang dia terhadap orang yang telah melahirkannya, tiada ternilai. Bukan macam aku, yang hanya terlalu sibuk dengan kehidupan di negara orang walhal keluarga tersayang selalu menunggu aku di Thailand.

Tapi, aku tak putus asa untuk cuba menghubungi orang tuaku untuk menanyakan khabar mereka.

Siapa kata aku tak rindu ? Aku rindu untuk merasai air tangan ibuku lagi.

Begitu juga, Taehyung.. Dia pasti ingin berhubung dengan ibunya tapi, tak boleh. Sebagai orang yang dekat dengannya, aku dapat rasa sakit, sendu, dan galau yang dihadapinya.

Dia tidak sepatutnya bersendirian sepanjang kemurungan nya itu. Tapi, apakan daya, salah aku kerana tidak mendalami rasa ambil berat itu. Dia mula melakukan pembunuhan.

Taehyung memerlukan perhatian lebih daripada yang disangkakan kerana dia tiada ahli keluarga yang lain.

Latar belakangnya juga tidak jelas. Tapi, dia sudah terkenal dengan kegiatan liciknya itu.

----Bersambung----

PSYCHO + SAMEWhere stories live. Discover now