21-p

28 2 0
                                    

Pada masa Jae Young membawa diri ke kawasan sunyi tersebut....

" Ini detektif Sung Hoon kan ? Saya Song Dea. Suspek yang tuan cari, baru sahaja membawa diri. Saya tahu tempat itu di mana, jadi, tuan perlu datang segera ke flat Hongcheon, ada satu rumah yang kosong di situ. "

" Awak pasti itu dia ? "

" Nak pastikan, tuan perlu datang dengan segera ! Saya takut kalau dia apa-apakan diri dia ! "

" Dalam lima minit, saya akan tiba. Awak perlu segera berada di situ juga. "

" Jangan risau, saya sudah ekori dia sejak kami berjalan di Hongdae Street lagi. "

Park Jae Young POV

Aku duduk menyandar ke dinding sambil memandang pisau lipat yang kubawa.

Sejujurnya sesuku daripada rasa berani aku untuk memotong kulit aku,  rasa takut itu menyerangku.

Kenapa ni ? Aku berani untuk melakukan perkara sebegitu kepada orang lain tapi kenapa aku masih rasa cukup lemah untuk lakukan kepada diriku ?

Dalam keadaan gelap itu, aku berharap tiada siapa pun yang dapat tahu tempat sunyi ni. Rumah yang terletak hujung penjuru flat yang kosong dan terbiar, siapa yang berani masuk selain aku ?

Dengan perasan bercampur-baur itu, aku sekali lagi menghulukan pisau lipat tersebut sehingga menyentuh kulit pada pergelangan tanganku. Kini aku hanya perlu menggerakkan pisau tersebut dengan laju.

Satu...

Dua...

Tiga...

" BBUSHHH !! "

Pintu rumah ini terbuka dengan sekali rempuhan. Siapa pula ini ?!

" Park Jae Young, kau ditahan. "

Mataku terbuntang. Macam mana dia boleh tahu aku kat sini ? Takkan Dea bagitahu ?

" Macam mana...macam mana kau tahu tempat ni ? "

" Itu tidak penting. Sekarang, kau menyerah jelah. "

" Boleh..tapi...aku nak tahu macam mana kau boleh tahu tempat ni !! "

Pisau yang tadi berada di pergelangan tangan, aku alihkan ke bahagian perutku pula. Agaknya ini paling berkesan untuk buat aku rasa lega.

" Kau buat apa tu ? "

" Aku nak menyerah kalahlah. Apa lagi ? Kau kan dah lama buru aku. "

Aku terasa sakit namun belum lagi tertusuk dalam lagi mata pisau itu.

" Lepaskan pisau tu. Tak guna kau nak lukakan diri kau. "

" Tu bagi kau. Tapi bagi aku, aku patut rasa sakit yang mangsa aku pernah alami. "

Aku menutup mata. Aku menusuk ke dalam dan dalam sehingga rasa tajam tu mula menghadirkan rasa sakit pada perutku.

" Park Jae Young ! "

" Taehyung !! "

Dalam keadaan pandangan samar-samar itu, kulihat Sung Hoon hyung dan Dea datang ke arahku.

" Awak.. Macam mana awak boleh tahu saya kat sini ? " suaraku semakin mengendur .

" Awak pengecut. " ujar Dea dalam tangisan.

" Jangan menangis kerana manusia tak guna macam saya. "

" Hello, Hospital Besar Seoul. Terdapat satu cubaan membunuh diri di flat Hongcheon. Sila datang segera ke sini. Tolong bawa pihak polis juga. "

Pandanganku terus gelap. Entah mati atau hidup. Aku harap aku terus berada dalam kegelapan ini kerana, ini barulah kebahagiaan aku.

----

Hospital Besar Seoul

Satu suara mendekatiku. Aku mencelikkan mata.

" Taehyung ? Awak okey ? "

" Dea... "

" Kenapa awak buat macam ni ??  Bahaya tahu tak ?!!! "

" Saya...tak guna buat awak lagi. Biarlah saya mati sekalipun, asalkan awak tak terlibat dengan hidup saya. "

" Saya benci tengok awak macam ni ! Awak selalu simpan rahsia.. "

" Tapi awak dah tahukan identiti saya yang sebenar ? Sayalah pembunuh tu. "

" Saya memang dah lama tahu, tapi saya tak sebarkan...sebab ada masa yang belum sesuai. "

" Tapi sekarang dah sesuai kan ? "

Aku cuba untuk membetulkan posisi tapi bila aku melihat tangan kiriku, telah digari bersama tepi besi katil..

" Saya dah tak kisah semua tu. "

----Bersambung----

PSYCHO + SAMEWhere stories live. Discover now