54-p+s

9 1 0
                                    

Hospital Besar Seoul

Song Dea POV

Laporan yang terjatuh cepat-cepat aku kutip. Aku salah dengar ke tadi ?

" Kenapa ni Jururawat Song ? Ada masalah ke ? Saya nampak awak terkejut sangat dengar nama doktor Kim Taehyung tu. Awak kenal dia ke ? "

" Err, tak.. Takde apa-apa lah. Okeylah saya pergi bilik doktor tu. "

Aku membuka langkah laju dan beredar dari kaunter pertanyaan tanpa menghiraukan Jururawat Jung. Habislah aku kalau dia syak aku berkelakuan pelik sebab Doktor Kim Taehyung tu.

Tapi seriuslah dia kerja kat sini jugak ? Dah takde hospital lain dia nak kerja ? Tapi aku takkanlah nak halang dia memandangkan tu sumber pendapatan dia kan ?

" Eh, kejap. Aku terlupa nak tanya di mana bilik Doktor Kim tu. Aduh ! " aku mengetuk kepalaku. Betullah. Aku ni memang dasar pelupa, kelam-kabut dan bertindak tak ingat sekeliling.

Aku dengan berlagak tenangnya, berjalan ke ruangan bilik doktor-doktor yang berkhidmat di sini.

" Kalau bilik Doktor Kim Seokjin nombor lima, agak-agaknya doktor baru mesti bilik nombor--- "

" Bilik nombor lapan ! " satu suara memotong percakapanku.

Laporan terjatuh buat kali kedua kerana aku terkejut. Terus aku menoleh ke belakang.

" Taehyung ?!! "

" Eo ? Dea ??? "

Aku terus mengutip laporan itu dan terus aku menghulurkannya kepada Taehyung.

" Alang-alang saya dah jumpa awak, nah, laporan pesakit tu. Okey bye ! "

Aku meninggalkan Taehyung. Kebetulan betullah ! Aku sebut pasal dia hari ini tup tup sahaja dia muncul kat belakang aku.

" Terima kasih Dea ! Nanti kita jumpa lagi. " ujar Taehyung dalam nada gembira.

Jumpa lagi ? Tengoklah.

----Bersambung----

PSYCHO + SAMEWhere stories live. Discover now