14-p

32 2 0
                                    

" Kau dah tak dapat lari lagi, kitorang dah tangkap kau. Nak ke mana lagi ? " kata Detektif Sung Hoon dalam keadaan tercungap-cungap. Peluh mula menitik di kolar bajunya. Dia mengelap peluh menggunakan lengan bajunya. Senyuman sinis diberikan. Jelas tampak kepuasan diwajahnya.

" Tak guna !! "

Akhirnya lelaki yang disabitkan kesalahan kerana meragut seorang nenek tua di hadapan sebuah hotel, secara kebetulan Sung Hoon dan Jang Min berada di hadapan hotel kerana baru sahaja menyelesaikan kes seorang remaja perempuan yang dicabul oleh seorang lelaki yang berumur 30 tahun di dalam sebuah bilik di dalam hotel.

Peragut itu pun berjaya ditahan. Tercungap-cungap Detektif Sung Hoon dan Jang Min mengejar peragut tersebut. Akhirnya, setelah mereka mendapati peragut itu tersalah masuk lorong yang terdapat jalan mati. Mereka pun apa lagi, mencekup kolar peragut itu. Nenek tua yang menjadi mangsa ragut tadi pitam kerana amat terkejut dan mengalami trauma kerana berhadapan dengan situasi sebegitu. Ambulans pun tiba setelah salah seorang saksi bertindak dengan segera.

" Sila bawa mangsa dengan segera ke hospital. Pendarahan banyak pada sikunya . " ujar Detektif Sung Hoon kepada pemandu ambulans itu.

" Baik ! "

" Boleh tahan laju peragut tu, tak padan dengan rupanya yang nampak tua tu . " kata Jang Min lalu membuka jaket hitamnya. Panas barangkali setelah melakukan ' marathon ' bersama dengan ketuanya itu.

" So, awak nak kata awak ni kacaklah ? Macam tu ? " perli Detektif Sung Hoon. Bukan itu sepatutnya Jang Min berkata demikian kerana misi mereka membanteras jenayah berlaku dua kali tadi kerana kebetulan. Nasib baik dapat diselesaikan dengan jayanya.

" Eh, takdelah ! Tapi memang betul pun kan yang saya lagi kacak dari dia. "

" Jang Min, kita perlu ada komitmen yang tinggi untuk menyelesaikan sesuatu kes, bukannya komitmen tinggi dari segi fizikal. Ye, saya tahu awak kacak sebab awak kacukan. "

" Maafkan saya Tuan. Saya tak dapat nak kawal perasaan marah saya sebenarnya. Kebanyakan suspek yang kita berkas, mereka menaikkan kemarahan saya. Sebab tu , sekarang macam tak boleh nak percaya bila tengok suspek ni. Ada yang muka kasihan, muka suci tapi hakikatnya dalaman mereka macam puaka. Tidak berhati perut. "

" Saya pun begitu juga semasa pertama kali menjadi seorang polis dan pertama kali ikut senior untuk selesaikan kes. Memang kadang-kadang perasaan saya bercampur baur. "

" Saya tak nak generasi muda menjadi begini, Tuan. Kalau mereka begitu, mungkin kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Siapa yang mampu untuk memimpin negara kita ? "

" Sebab tu kita perlu kuatkan semangat. Jangan kisah sangat tentang pandangan orang yang berfikiran tertutup kat luar sana tu. Mereka mungkin fikir kita tak buat kerja padahal ramai dah orang macam kita dah tergadai nyawa semata-mata untuk membanteras jenayah. Lebih sakit lagi, bila orang yang awak sayang dibunuh oleh penjenayah. "

" Tuan, saya tahu tuan kuat. "

" Dia mesti gembira kalau dapat tahu saya dah selesaikan banyak kes. "

" Ya, sebab itu, dia dihadirkan dalam hidup tuan walaupun sekejap. "

Jang Min dan Detektif Sung Hoon memasuki perut kereta lalu dipandunya Jang Min menuju ke balai utama semula. Banyak lagi kerja yang mereka perlu selesaikan.

Demi untuk masyarakat, negara dan dunia.

----Bersambung----

PSYCHO + SAMEWhere stories live. Discover now