Part 1. Tiada SepertiMu

345 5 0
                                    

Bah jadi bab mana suda? - Anonymous
Baru bab 15. - Chiwawa Stanley

Tik..tokk..tik..tokk.. - Anonymous
Berapa lama boleh siap yang selengkapnya? - Chiwawa Stanley
Aiii nah, sabar bah. Dia sendiri belum siap. Apa macam ni? Bab 4 pun dua baris ayat saja. – Anonymous

Hahahaha - Chiwawa Stanley

Apa konon yang kau hahahaaha tu (dengan emoji mata menjeling) – Anonymous

Minggu depan boleh siap kah? Hahahahaa - Chiwawa Stanley

Ada orang tu bilang dalam homilinya, sabar itu separuh dari iman. – Anonymous

Hahahaha. Jadi minggu depannya lah lagi, ok kah? - Chiwawa Stanley

Iman mana.. iman? – Anonymous

Hahahahaha - Chiwawa Stanley

Dia meletakan kembali telefon 'epal' nya yang berwarna putih awan itu di atas meja sambil menghadap ke luar jendela. Hujan hari itu tidak ada tanda-tanda akan berhenti, line' internet juga tidak berapa baik untuk menyiapkan kerja-kerja penulisannya yang sudah terbengkalai beberapa hari akibat kesibukan dan tuntutan kerjaya 'tetap dan tidak berpencen' yang dipilihnya. Bezanya dari kerjaya-kerjaya yang lain, dia tidak mempunyai jadual yang tetap untuk melakukannya. Tidak kira siang atau malam, hari-hari biasa atau hujung minggu sekiranya ada yang memerlukan perkhidmatannya, dia tetap utuh dengan hanya berbekalkan iman dan ikat janji yang dilafazkan di hadapan semua orang, dia angguk dengan berkata Ya! Untuk semua tugasan-tugasan tersebut.

Dia mencari fokusnya kembali dan jari-jemari itu mula menari hip-hop di atas papan kekunci komputer riba, dengan menaip satu demi satu perkataan yang muncul dari ruang kotak fikirannya, semakin banyak idea yang datang semakin lincah tarian jemarinya, kalah-kalah lagi Eminem yang cuba memenangi Emmy Award untuk gaya tari yang paling hebat di dunia.

April 23 1986 – Pagi itu seorang wanita di sekitar 30an usianya sedang bertarung untuk melahirkan zuriatnya di hospital besar Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Sudah dua hari dia berada di situ sejak mengalami sakit kontraksi yang berpanjangan. Memandangkan itu adalah kelahiran yang ke-7 dia tidaklah begitu risau seperti ibu-ibu yang baru melahirkan anak pertama atau kedua. Dengan pengalaman yang dia ada tentu saja dia yakin sakit-sakit kecil yang dihadapinya untuk persediaan bersalin adalah sakit biasa.

Sehinggalah pagi itu apabila dia menjerit sekuat hati kerana tidak dapat menahan lagi kesakitan yang dialami, berpusu-pusu jururawat dan pakar perubatan menuju ke katil dia ditempatkan untuk melihat keadaannya. Memang betul situasinya tidak begitu baik untuk melakukan proses kelahiran normal, apa lagi bila darah merah sudah pun mewarnai cadar putih itu.

"Mama.. kena tahan sikit ya, anak mama sudah hampir-hampir keluar. Bila saya bilang sampai 3, mama tekan sekuat yang boleh. Ok?" Kata doktor perempuan dari semenanjung itu, masih keras lidahnya berbahasa Sabah seakan-akan pula bahasa Indonesia. Sudah kebiasaan doktor-doktor di bahagian wad bersalin ini memanggil ibu-ibu yang bakal melahirkan anak dengan panggilan mama, panggilan itu lebih mesra, tapi sebenarnya untuk menyejukan hati mereka, kaum ibu ini agak sensetif setiap kali berdepan dengan sakit beranak'.

"Sekali lagi mama.. sekali lagi.." Doktor yang sama memberi galakan sepenuhnya sebagai sokongan moral untuk membantu wanita ini. Dengan berbekalkan kekuatan hawanya, dan juga sekelumit doa yang diucapkan di hujung lidah sambil-sambil dia mengigit bibir..

Perjalanan Hidup Ku..Where stories live. Discover now