AKU cuba membuka mataku walaupun ianya terasa sungguh perit sekali. Mataku menangkap imej siling putih. Hospital ? Kenapa aku berada di sini ?
Aku memalingkan wajahku ke tepi apabila kedengaran bunyi derapan langkah seseorang menghampiriku. Seorang wanita yang tidak kukenali. Wajahnya menggambarkan kegembiraan yang sukar diertikan olehku.
"Are you okay ?" soal wanita anggun itu sambil tersenyum manis menghadapku.
Aku mengangguk.
"Doctor ! Doc !" laung wanita itu.
Seketika, katil yang menempatkan tubuhku didatangi oleh seorang doktor lelaki dan dua orang jururawat.
🌹🌹🌹🌹🌹
Aku memeluk lutut. Ngilu di bahagian tepi bibir tidak dihiraukan. Mataku merenung siling dinding tersebut. Sekeliling bilik tersebut dipandang. Ya, cantik dan eksklusif. Mewah pula tu.
Pintu bilik tersebut dikuak perlahan. Terjengul wajah wanita anggun di sebalik pintu tersebut. Datin Yasmin.
Walaupun dirinya tidak bertudung, terpancar keikhlasan di wajahnya. Walaupun sudah berumur lewat 40an, dia kelihatan seperti berumur
30an. Sangat muda dan cantik. Rambutnya hitam berkilat dan bertubuh langsing.Wanita inilah yang membantuku ketika aku dijumpai di persisiran pantai kira-kira 3 bulan yang lepas. Dia jugalah yang membantu merawatku di rumah ini. Aku juga dimaklumkan bahawa aku koma selama seminggu di hospital sebaik sahaja dijumpai di pantai itu. Yang lebih menyedihkan, aku keguguran disebabkan perutku dihempap berkali-kali.
Bagaimana aku boleh sampai ke persisiran pantai ? Aku tahu sebabnya. Semuanya disebabkan oleh perempuan busuk hati tersebut. Perempuan itu jugalah yang memusnahkan hidupku.
"Boleh mama masuk ?" soal Datin Yasmin lembut. Di tangannya terdapat satu dulang yang terdapat sebuah mangkuk dan gelas kaca.
"Boleh. Masuklah" balas aku. Badanku didudukkan di atas katil tersebut.
Wanita tersebut mengambil tempat duduk di sisiku. Oh. Bubur ayam.
"Makan dulu ya. Mama suapkan" sudu berisi bubur itu disuakan kepadaku.
Aku menggeleng perlahan. Mangkuk di tangan wanita tersebut ku letakkan kembali di dalam dulang tersebut.
"Maaf, ma. Tapi, saya tak lapar" aku berkata perlahan. Sungguh, tekakku tidak terasa ingin makan. Dipandang wajah wanita itu. Aku kira dia akan memasamkan mukanya dan mengatakan aku ni menyusahkan. Tapi, sangkaanku meleset. Dia melemparkan senyuman manis kepadaku.
"Tak apa. Mama faham. Dulu, Ranea pun tak suka makan bubur bila sakit" Datin Yasmin mengusap kepalaku. Lembut.
"Ranea ? Dia anak mama ke ?" soalku polos.
"Ya. Anak mama. Satu-satunya puteri mama " wajah Datin Yasmin berseri-seri apabila menceritakan mengenai puterinya.
"Mana Ranea ? Saya tak pernah pun jumpa dia" pertanyaanku membuatkan wajah ceria Datin Yasmin berubah mendung.
"Ma...maafkan saya mama. Saya terlebih cakap pula" mataku menekur cadar tilam tersebut.
"Tak apa. Ranea dah meninggal dunia 2 tahun yang lalu. Leukemia. Wajahnya saling tak tumpah dengan wajah kamu" Datin Yasmin mengusap pipiku perlahan.
Deg. Seiras aku ? Disebabkan inikah Datin Yasmin membantuku ?
"Mama bersyukur dengan kehadiran kamu. Mama dah anggap kamu macam anak mama sendiri. Selama ni, hidup mama sunyi. Yelah, mama ni dah kehilangan suami"
"Saya boleh jadi anak mama kan ?"
Seusai pertanyaanku, tubuhku didakap erat. Esakan kecil mulai keluar dari bibir Datin Yasmin. Aku terkaku.
"Boleh. Kamu akan sentiasa akan jadi anak mama"
Aku tersenyum. Sumpah, ini kali pertama aku merasai perasaan disayangi dan menyayangi seseorang.
"Apa nama kamu, sayang ?"
Aku terdiam seketika. Nafas dihembus perlahan.
"Az... Aza... Azalea Inara....."
YOU ARE READING
Azalea Inara (RE-EDIT)
Roman d'amourStatus ; { re-edit} 'Kau pelindungku, aku penjagamu....' Kerana dirinya teraniaya, dia memilih untuk mendapatkan keadilan Kerana dendam silam, dia terpaksa mengenepikan perasaan cintanya Namun, pada saat cinta hadir, mampukah dirinya menolak pera...