11 | adelynn

96 13 0
                                    


INARA

AKU melihat susuk tubuhku di hadapan cermin. Hanya berbaju Tshirt dan seluar trek.

Hari ini akan berlangsungnya acara finale Dewi Remaja 2017 iaitu aktiviti tahan lasak.

Wuishh...berdebarnya. Relaks, Ara. You can do it. Aja aja fighting!

Setelah merentasi hutan yang tebal, kami berhenti di satu tempat yakni tempat cabaran kami.

Aku memandang objek-objek di hadapanku. What the fish ?!

Seutas tali tebal yang diikat pada sebatang pokok tinggi dan di bawahnya terdapat lubang yang dipenuhi dengan lumpur. Aku agak dalam juga lumpur itu.

Puan Azrina berdiri di hadapan kami dengan wajah yang tiada riak.

"I bet all of you tak tau nak buat macam mana kan. Puan Laila akan tunjukkan demo. Tolong lihat dengan teliti" tegasnya lagi.

Puan Laila mara ke hadapan. Dia memegang tali tersebut dengan kemas. Dia melangkah sedikit ke belakang dan berlari sedikit laju lalu bergayut di tali itu. Dan...

Tadaaa.... Puan Laila sudah melepasi tanah berlumpur itu dengan mudah.

Aku dan peserta lain terkesima. Wow! Kalau dilihat sekali imbas, tentu ramai tidak menyangka kebolehannya. Nampak lembut je tapi kalau dah beraksi...

Puan Laila berdiri di sebelah Puan Azrina dengan senyuman manis di bibirnya.

"Jangan pandang rendah okey. Saya bekas anggota tentera darat tau" katanya bangga.

Ceitt... Patutlah.

"Saya akan sebut nama seorang demi seorang. Tiada pengecualian" kata Puan Azrina lagi.

Aku meneguk liur. Mati la nak...

"LEYYA INERA!" laung Puan Azrina.

Membuntang mataku. Aku first sekali ?

Tali tersebut ku pegang erat. Aku mengulangi aksi Puan Laila sebentar tadi sambil menutup mata.

Bukan sebab over-confident ke apa tapi takut. Takut bila buka mata je, dah ada dalam lubang lumpur tu.

Kemudian, terdengar sorakan riang rakan-rakanku. Aikk ?

Aku membuka mataku perlahan-lahan. Aku sudah melepasi halangan lumpur tu ?

Alhamdulillah...

"Congrats, Inera. Lepas ni boleh la kot pergi mohon masuk kem tentera pulak" bahu ku diusap lembut oleh Puan Laila.

Aku hanya tersenyum sumbing. Aku pun tak expect perkara ni berlaku.

"Hebat gile kau, Inera" kata Dahlia. Satu-satunya kawan rapatku di sini.

"Mana ada. Aku pun tak sangka. Hehehh" balasku kekok.

"Weyh, kau buat elok-elok tau. Aku support kau" bahu Dahlia ku tepuk erat.

Dahlia hanya mengangguk.

Dan selepas itu, kami berdua berborak sakan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

"HAHAHAHAHA!"

Aku dan Dahlia serentak memandang peserta lain yang seronok bergelak ketawa. Sampai ada yang berguling ketawa.

Aku pandang Puan Azlina dan Puan Laila. Mereka berdua turut ketawa.

"Weyh, apahal ?" soalku bingung apabila melihat Dahlia turut sama ketawa.

Dahlia menudingkan jari ke arah lubang berlumpur itu.

Aku tergamam. Seseorang sedang berdiri di dalam lubang berlumpur itu. Keseluruhan badannya diliputi lumpur sehinggakan aku sendiri tidak mengecamnya. Bahkan, wajahnya juga tidak kelihatan.

Azalea Inara (RE-EDIT)Where stories live. Discover now