5 | family

118 13 0
                                    

HATINYA resah. Sejak kebelakangan ini sering kali dirinya bermimpi perkara yang aneh. Seorang lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

Dia tahu siapa mereka berdua. Mereka pernah menjadi sebahagian daripada hidupnya. Keluarganya. Tetapi, itu semua hanya tinggal kenangan. 19 tahun yang lalu. Mungkin kanak-kanak perempuan itu sudah meningkat remaja.

Dirinya tersenyum sendirian. Anak mama...

"Amani! What's wrong, honey ?" pinggangnya dipeluk erat.

"Nothing. Just a bad nightmare" tangan lelaki tersebut diusap lembut.

🌹🌹🌹🌹🌹

Datin Yasmin termenung sendirian. Dirinya kerap mengingati arwah anaknya, Yusra Ranea semenjak kejadian dia menceritakan perihal itu kepada Ara.

Adzim.

Setiap kali mengingati sebaris nama itu dia akan berasa teramat benci.

Kenapa melanggar Ranea ? Tidak sengaja ? Kalau tidak sengaja, mengapa lari setelah melanggar Ranea ?

Dan, kenapa kau harus merampas hak orang lain. Hak Irsyad dan anaknya ? Tergamak kau.

Dan, satu rahsia. Satu-satunya rahsia yang hanya Adzim dan dirinya tahu.

Setiap kejadian pasti ada karma, Adzim. Just wait and see.

🌹🌹🌹🌹🌹

Aku merebahkan tubuh di atas tilam. Ya Allah, penatnya. Namun, terselit satu senyuman. Puas. Kini, penampilanku sudah 100 % berubah.

Oh, ya. Aku telah menyambung pelajaran di IFA Paris peringkat Master dalam bidang fashion.

Mengikut perancangan, aku akan berada di Paris selama 4 tahun. Selepas itu, baru lah aku memulakan misi aku.

Aku mencapai iPad Pro 9.7 Rose Gold Marble. Pemberian papa pada tahun lalu.

Apps Star ePaper aku buka. Aku hanya men'scroll' berita yang kurang menarik perhatianku.

Jariku berhenti di satu ruangan. Aku menekan news tersebut.

'Tengku Adyan Zahrain, one of the young bilionaire in the Malaysia'

Hatiku mendongkol geram. Bilionaire konon. Of course la kau boleh jadi bilionaire sebab family kau rampas harta bapak aku.

IPad tersebut ku letak kasar di meja belajarku.

Baca tajuk pun dah berasap apatah lagi bila baca details. Arghhh....

"Ara! Open the door! Kenapa menjerit ?" pintu bilikku diketuk bertalu-talu diselangi dengan suara kuat Rayhaan.

Aku membisu. Aku jerit ke tadi ? Aku rasa aku cuma menjerit dalam hati je.

Aku membuka pintu bilikku. Rayhaan sedang bercekak pinggang. Aku tersengih.

"Nak apa, abangku sayang ?" soalku. Rayhaan mengeluh.

"Dah makan ke belum ?" soalnya garang.

Aku menggeleng. Uiks, garunk!

"Makan kat bawah. Abang dah masak" katanya.

Aku mengikuti langkahnya ke meja makan.

Chicken chop and avocado juice.

"Abang masak ? Seriously ?!"

Rayhaan menayangkan senyuman bangga.

"Of course la. It's Yusr Rayhaan maa"

Aku memutarkan bola mataku. Meluat.

Aku mengambil tempat dan mula menjamu selers. Ermm...sedap. Menepati cita rasa ku.

"Sedap kan. Pujilah sikit, dik"

"Ye sedap. Bukan tak nak puji tapi takut lubang hidung orang tu kembang" sindirku.

Rayhaan memegang dada kanannya.

"Auchh... It's hurt" Rayhaan mengaduh kesakitan bagi menjayakan lakonan palsunya.

"Gedik!" Rayhaan di hadapan ku jeling tajam.

"Badak betul!" selanya selamba. Mataku membuntang. Choiy...

"Daripada abang tu, badan papan macam ikan bilis" balasku. Kemudian, kami berdua membisu.

"Badak dan ikan..." kata kami serentak. Kami terdiam sebentar sebelum sama-sama meledakkan tawa.

Adui...teringat perjumpaan kami ketika pertama kali berjumpa.

"Amboi... Riuh ketawa" sapa Datin Yasmin yang baru pulang.

Serentak kami memandang wanita itu.

"Ma...tengok abang. Badan slim Ara ni dia kata badak" kataku dalam nada merengek. Lengan Datin Yasmin ku paut untuk mendudukkannya di sebelahku.

"Ma...Aan yang tough ni dia kata papan macam ikan bilis" kata Rayhaan dalam nada yang sama sepertiku.

"Betul kan ? " jawapan daripada Datin Yasmin membuatkan kami berdua serentak memandang ke arah badan kami.

"Ma...mana..." kata kata Rayhaan tergantung apabila melihat Datin Yasmin yang tiada di sebelahku.

Aku memandang ke arah belakang. Datin Yasmin berhati-hati menaiki tangga ke biliknya.

"MAMA !" lantang aku dan Rayhaan menjerit. Datin Yasmin pula mengekek ketawa memasuki biliknya.

Azalea Inara (RE-EDIT)Where stories live. Discover now