AZALEA INARA
7 TAHUN |
SK BUKIT DAMANSARAKereta yang dipandu papa berhenti di hadapan sebuah bangunan besar.
"Ni tempat apa, papa ?" soalku naif.
"Ni lah sekolah Lea. Ren pun ada kat sini tau. Tapi Ren darjah lima while you're one" kata papa lalu mematikan enjin kereta.
Oh ya. Hari ini merupakan hari pertama persekolahanku di sini.
Aku semakin teruja. Ren pun ada ?
Aku membuka pintu kereta lalu berjalan perlahan di belakang papa.
Setelah kami berdua memasuki kawasan perkarangan sekolah, kami disambut oleh seorang guru wanita.
"Dato' Irsyad ? Saya Cikgu Nina, guru kelas ni" suara lembut seorang wanita menegur papa. Aku mendongak memandang seorang wanita manis bertudung di hadapan papa.
"Ya saya. Ni anak saya, Azalea Inara Quinn" rambutku dielus lembut.
Wanita tadi memandangku. Satu senyuman manis dipamerkan.
"Hai..." kataku perlahan kemudian aku menundukkan wajah.
Papa dan Cikgu Nina ketawa kecil.
"Pemalu rupanya Inara ni. Mari masuk" katanya.
Aku memandang papa.
"Lea belajar elok-elok tau. Be a good girl. Dengar cakap Cikgu Nina" papa membetulkan sedikit rambutku yang diikat tocang.
"Okay papa" kataku ceria. Tangan papa ku salam hormat.
Baru sahaja aku ingin memasuki kelasku, seseorang menjerit memanggilku.
"Cha!" aku menoleh. Ren!
"Ren! Betul apa yang papa cakap. Ren sekolah sini" kataku.
"Mestilah. Ren nak selalu dekat dengan Cha" kata budak lelaki tersebut, Ren.
"Sayang Ren" aku memeluk kejap tubuh Ren.
"Inara, mari masuk. Eh, Adyan. Pergi masuk kelas. PdP nak mula ni" suara Cikgu Nina mematikan kelakuan kami.
Kami mengangguk serentak. Ren melambaikan tangannya kepadaku.
❀❀❀❀❀
1.10 p.m.
Aku hanya memandang kosong rakan-rakanku yang lain pulang. Pada waktu ini, hanya aku dan Ren sahaja pelajar yang tinggal di bus stop sekolah ini.
"Mana papa ni ?" aku mencemik menahan air mata yang mula bertakung di birai mata.
"Sabar lah Cha. Nanti mesti uncle Irsyad datang amik princess dia ni" Ren memeluk bahuku erat.
Tangisan ku sudah keluar. Teresak-esak ku dalam dakapan Ren.
"Kenapa ni, Adyan ? Adyan buat apa kat Inara ?" soal Cikgu Nina yqng kebetulan melalui kawasan itu dengan keretanya kepada Ren. Mungkin hairan apabila melihatku menangis.
"Ma--mana ada. Saya tak buat, cikgu. Cha nangis sebab papa dia tak datang ambil dia lagi. Cikgu ni" Ren menayangkan wajah cemberutnya. Merajuk apabila dituduh sebegitu.
YOU ARE READING
Azalea Inara (RE-EDIT)
RomanceStatus ; { re-edit} 'Kau pelindungku, aku penjagamu....' Kerana dirinya teraniaya, dia memilih untuk mendapatkan keadilan Kerana dendam silam, dia terpaksa mengenepikan perasaan cintanya Namun, pada saat cinta hadir, mampukah dirinya menolak pera...