INARA
AKU keluar dari kereta Adyan. Bangunan belah belakang Empire Holding. Terdapat satu pintu berkembar di situ yang berwarna senada dengan cat bangunan tersebut.
"So, this is my company. My dad actually" katanya tenang.
Aku memeluk tubuh. Sejuk. Kesan simbahan Deana tadi masih belum kering.
Adyan menyarungkan kot tebalnya pada tubuhku.
"You're so damn sexy. Red huh. I like it" Adyan berbisik perlahan di telingaku sambil tersenyum nakal.
Wajahku kemerahan. Aku memandang sedikit dress putihku. Sedikit jarang dan menampakkan pakaian dalamku yang berwarna merah terang.
"Ke--kenapa you baru bagi ?" soalku teragak-agak.
Adyan tidak menjawab namun dikerling ke arah sisiku. Dua orang lelaki bertubuh sasa menghampiri kami.
"Cukuplah I seorang nampak. I tak nak share dengan orang lain" bisiknya perlahan.
Aku terkedu. Asal lah aku tanya dia tadi ?
"Tengku, everything is ready" kata salah seorang lelaki itu.
Adyan mengangguk.
"Come on, In" pinggangku dirangkul erat olehnya.
Aku mengerutkan dahiku. In ? Belum sempat aku bertanya, Adyan mengeluarkan satu remote yang mempunyai dua butang berwarna merah dan hijau.
Dia menekan butang berwarna hijau dan pintu berkembar tersebut terbuka dan menampakkan eskalator yang sedang bergerak.
"Careful" kata Adyan sepatah ketika aku hendak melangkah eskalator tersebut.
Aku mencebik. Ingat aku ni kuno sangat ke tak pernah naik benda alah ni ?
Setelah 5 minit eskalator tersebut bergerak, tiba-tiba sahaja eskalator tersebut bergerak dengan laju.
Mujur aku sempat memeluk tubuh tegap Adyan.
Aku kerling Adyan sedikit. Dia kelihatan seolah-olah tergamam dek perlakuan drastikku.
"Kenapa laju sangat ni, Adyan?" soalku gentar.
"Dah lama tak guna laluan ni. A bit technical problem I guess" dia tersenyum sumbing.
Aku kekal memeluk tubuhnya sebelum eskalator tersebut berhenti secara mengejut. Lelaki tersebut pula erat memeluk pinggang langsingku.
"Dah sampai bilik I"
Aku mengeluh lega. Kalau preggy mommy naik eskalator gila tu, boleh terberanak dia kat situ.
"Better you baiki eskalator gila tu" kataku geram.
Adyan sekadar tertawa kecil. Pelukan pada pinggangku semakin dieratkan.
Eh ambik kesempatan pula orang tua ni. Aku memandang sekilas wajahnya yang terpamer riak bahagia.
Senyumlah puas-puas Adyan. Gembira sekarang sebab mungkin nanti aku akan ambil semua kebahagiaan dan diganti dengan penderitaan yang berpanjangan.
Aku tersenyum sinis.
Game starts and this is only the beginning.
❇️ ❇ ️❇️ ❇️ ❇️
ADYAN
"Take a seat, Miss Inera" aku menghalakan tanganku pada ruangan santai yang berada di sudut bilik kerjaku.
Di situ terdapat sebuah meja kopi dan satu set sofa mengelilinginya.
Inaera mengambil tempat di sofa berangkai dua lalu menyilangkan kakinya.
Aku mengambil tempat di hadapannya.
"You nak air apa ?" soalku perlahan. Cuba menghidupkan suasana ceria.
"Apa air yang paling special di office you ni" Inera menompang dagunya memandangku.
Aku tertawa kecil.
"Chocolate ais special ?" aku mengangkat sebelah keningku.
"Sounds good. Okay then"
Aku memesan pesananku melalui interkom. Mata gadis tersebut tidak lekang memandangku.
"Waktu kita kat eskalator gila tu, I heard you called me In, right ?" soalnya. Perempuan memang ingatan dia kuat ek.
"Why not I panggil you dengan nama In ? Cute kan nama tu"
"Lovely nickname. I pun rasa nak panggil you Ad la"
"Up to you" ketukan pada pintu membuatkan aku berpaling. Rina, secretary ku datang bersama dua mug air yang ku pesan.
Dan perbualan kami seterusnya disambung mengenai kisah yang agak merepek.
Pasal Trump, Najib, PRU tahun depan dan bla bla blaaaa....
"Eh... Waktu kat kafe tu, you kata yang I ni girlfriend you. Did you really mean it ?" soal Inera bersahaja.
Aku mengangguk.
"I rasa perasaan tu datang waktu Rayhaan kenalkan you pada I. I really love you, Inera"
Muka Inera kemerahan.
"Then, try me. I nak tengok effort you, Ad" Inera merenungku sambil tersenyum sinis.
Aku tersenyum. Wow berani perempuan ni challenge aku eh.
"Sure baby. We will see" tangannya aku genggam perlahan.
👽👽👽👽👽
Ni stok untuk dua bulan tau 😝
Qish busy sket tahun 2018 ni
YOU ARE READING
Azalea Inara (RE-EDIT)
RomanceStatus ; { re-edit} 'Kau pelindungku, aku penjagamu....' Kerana dirinya teraniaya, dia memilih untuk mendapatkan keadilan Kerana dendam silam, dia terpaksa mengenepikan perasaan cintanya Namun, pada saat cinta hadir, mampukah dirinya menolak pera...