AKU menguis-nguis banana pancake di hadapanku. Sesekali mataku mengerling ke arah Datin Yasmin dan Rayhaan yang berselera menjamu makanannya.
Aku berdehem kuat. Serentak mereka berdua memandangku. Leher belakang ku gosok. Kekok.
"Actually, I have something to tell both of you..." aku berkata dalam nada perlahan.
"Apa dia, sayang ?" soal Datin Yasmin. Kutlerinya diletakkan di atas pinggan. Ingin mendengar butir bicaraku.
"Ini berkaitan dengan cadangan mama semalam. I choose ... err... yes"
Datin Yasmin tersenyum senang.
"Good, dear." balasnya sepatah. Dicapai cawannya lalu diteguk perlahan.
🌹🌹🌹🌹🌹
Aku hanya memerhatikan Datin Yasmin yang kelihatan gelisah. Dia berjalan ke hulu ke hilir. Ianya amat menganggu aku dan Rayhaan yang menonton kartun The Adventures Time.
"What's happen, ma ? Rimas laa" keluh Rayhaan.
Sungguh aku pun rimas melihat Datin Yasmin yang seperti cacing kepanasan. Tapi, tak ke terasa dia nanti ?
"Aan, kita kena pergi Paris now" kata Datin Yasmin tegas.
"What !? Bukan lagi sebulan ke, ma ? " Rayhaan mengeluh.
Aku hanya mendiamkan diri. Tiada niat untuk mencelah.
"Our company is in risk right now. Pack your things right now" arah Datin Yasmin.
Rayhaan mula melangkah memasuki biliknya. Kelam-kabut.
"Wait! What about me ?" soalku sedikit kuat. Datin Yasmin memandang ke arahku.
Wanita itu mengambil tempat di hadapanku.
"Ara cakap yang Ara nak balas dendam kan ? Kita akan terus tinggal di Paris for about 4 years. Passport ada kan ?"Aku hanya mengangguk.
🌹🌹🌹🌹🌹
Aku memandang pemandangan kota raya Paris yang kelihatan sesak dari tingkat atas penthouse milik Datin Yasmin.
Ya. Kini aku berada di Paris. Ini merupakan kali ketiga aku datang ke sini. Kali terakhir aku datang ke sini ialah bersama dengan 'lelaki itu' kira-kira 6 bulan yang lepas.
Flashback...
Aku mengikuti langkah Adyan yang berada di hadapanku. Kad hotel tersebut di'swap' kan pada scan pintu tersebut."Masuklah. Tunggu apa lagi" katanya kasar. Aku akur. Tubuhku dilabuhkan di birai katil.
Tidak berapa lama kemudian, pintu hotel tersebut diketuk kasar.
Aku memandang Adyan yang hendak memasuki bilik mandi."Bukaklah. Kau nak suruh aku buka ke ?"
Aku melangkah ke arah pintu. Susuk tubuh seorang perempuan yang amat kukenali, Deana.
Perempuan tersebut memandang sinis ke arahku. Dia menolak tubuhku ke tepi dinding. Aku hanya mampu mengetap bibir.
"Ian mana ?" soalnya kasar. Tubuhnya dilabuhkan di atas sofa.
Aku hanya mendiamkan diri.
"Hey, perempuan. Aku tanya ni" rambutku ditarik kasar olehnya.
"Deana....sakit" rintihku. Kulit kepalaku terasa bagai ingin tercabut. Ya Allah...
"Deannn...." tubuh tinggi Deana dipeluk erat dari belakang oleh Adyan.
"Biy...tengok betina ni. Dia tak bagi I jumpa you. Siap marah I lagi" kata Deana dengan nada mengada. Dada bidang Adyan yang tidak berbaju diusap lembut oleh Deana.
Mata Adyan mencerlung ke arahku.
"Berani kau ya, perempuan. Tak sedar diri langsung. Anak jutawan tapi selekeh. Eh, malulah aku kahwin dengan kau" kata Adyan. Hancur hatiku apabila dia mengatakan begitu."Eh keluarlah. Semak mata aku tengok kau yang hodoh ni" kata Adyan lagi. Tubuhku diheret olehnya keluar dari bilik tersebut. Pintu hotel tersebut dihempas kasar.
Aku hanya mampu menangis teresak-esak di kaki lima hotel tersebut.
Tangisanku makin menggila apabila terdengar desahan dan rengekan dari mulut mereka. Ya Allah...suamiku berzina.
Fikiranku melayang mengingatkan dia. Ahh...kenapa aku harus mengingati dia ?
YOU ARE READING
Azalea Inara (RE-EDIT)
RomanceStatus ; { re-edit} 'Kau pelindungku, aku penjagamu....' Kerana dirinya teraniaya, dia memilih untuk mendapatkan keadilan Kerana dendam silam, dia terpaksa mengenepikan perasaan cintanya Namun, pada saat cinta hadir, mampukah dirinya menolak pera...