12 | karl daniel

86 12 4
                                    

INARA

AKU memandu dengan tekun. Ku kerling Del yang berada di sebelahku. Si kecil itu sibuk melihat video Didi and Friends dari iPadku.

"Mamaaa" katanya meleret.

"Yaaa" balasku. Juga meleret sepertinya.

"Lepas Del balik school, boleh tak mama download video Didi yang lain ?" soalnya.

Aku memarkirkan keretaku di hadapan sekolahnya. Permata Playschool.

Wajah comelnya ku pandang. Rambut si kecil itu ku ikat ponytail. Rambutnya ikal mayang sepertiku. Beralun-alun apabila ditiup angin.

"Mama...can you hear me ?" mulutnya memuncung.

"I'm listening, princess. Of course. Nanti mama download ya"

"But, you have to get in first"

Pintu sebelah pemandu ku buka. Aku berpimpinan tangan dengannya sehingga di depan pintu taska tersebut.

"Jangan nakal-nakal tau" hidung kecilnya ku cuit perlahan.

"I'm not nakal la mama. I'm a good girl you know. Kan Cikgu Hana ?"

Aku tergelak kecil mendengar bahasa rojak Del. Aku memandang Cikgu Hana. Pemilik taska ini.

"Yupp. Adelynn is a veryyy good girl" balas Cikgu Hana.

Aku hanya tersenyum.

"Mama pergi kerja dulu. Bye Del. Bye Cikgu" kataku lalu melambai mereka berdua sambil menuju ke keretaku.

✴️ ✴️ ✴️ ✴️ ✴️

Aku mengeluh perlahan.

Bonet di hadapan kereta ku buka.

Masa ni lah kau nak rosak wahai kereta.

Aku memerhatikan enjin keretaku. Aihh...aku manalah tau apa benda ni semua.

Sebuah kereta berhenti di hadapan keretaku. Aku mengerutkan dahiku. Macam kenal je kereta ni.

Seorang lelaki keluar dari kereta tersebut.

Aku membulatkan mataku. Lelaki tersebut lengkap berpakaian sut kerja.

"Anything wrong, Miss Inera ?" soalnya lembut.

"Yea. Tak tau lah sebab apa " balasku.

"Saya call mekanik ya. Cik Inera nak pergi mana ni ?"

"Tchh... Just call me Inera, Daniel" aku tersenyum manis.

Ya. Dialah Daniel. Salah seorang bodyguard Dato' Yasmin.

Lelaki itu hanya tersenyum.

"Then, from now on call me Danny. Daniel is too formal"

Aku hanya mengangguk.

"Jomlah tumpang saya. Plus, laluan kita sehala"

"Sounds great" balasku sambil tersenyum.

"Daniel... Jom saya belanja breakfast. As a thank you for your help"

Tika ini, kami sudah berada di hadapan office LaDiva.

"Sure. Kafe depan sana okay ?" Daniel mengerling sekilas ke arah kafe yang berhadapan dengan syarikat tersebut.

Aku hanya mengangguk.

"Kenapa awak dah tak kerja as a bodyguard ?" soalku apabila selesai memesan makanan.

"My dad suruh uruskan syarikat dia. Well, saya je anak lelaki dia" balasnya.

Aku melihat seraut wajah maskulinnya. Berkulit kuning langsat, kening yang lebat dan ulas bibir kemerahan tanda dia yang tak pernah merokok. Perfect. Aku agak dia ni mix mat salleh sikit.

Kalau nak dibandingkan dengan Adyan, mereka berdua sama kacak tetapi Daniel ada tarikan tersendiri.

Gosh... Inara. Apesal bandingkan dua orang lelaki tu ? Erghh... Tanpa aku sedari, aku menggelengkan kepalaku perlahan.

"Heyy... Inera. What's wrong ? Saya terlampau handsome ke ?" Daniel tersenyum sinis ke arahku.

"Err... Nothing. Awak ada mix ke, Danny ?" soalku.

"Err... Yeah. My mum orang Belanda" dia mensisip sedikit airnya yang baru dihantar oleh pelayan sebentar tadi.

"I see. Patutlah handsome" pujiku lalu tersenyum.

Lelaki di hadapanku ini tersipu malu. Pipinya kemerahan.

Aww...so cute la. I kenot.

Gedik nauu kau ni, Inara.

"Janganlah tenung saya macam tu. Nanti jatuh hati" kata Daniel perlahan.

Aku tergelak kecil.

"Apa salahnya kalau saya jatuh hati kat awak ? Ke awak ada someone special ?" soalku.

"Tak lah. Saya bujang trang tang tang lagi" airnya dihabiskan laju.

"Inera, saya kena pergi dulu. Here's my card" satu kad kecil dihulurkan kepadaku. Aku menyambutnya lalu menggenggamnya erat.

"Okay. Byee" tanganku dilambaikan kepadanya.

Mataku menyoroti kereta Karl sehingga hilang daripada pandanganku.

Aku meneliti kad kecil di tanganku.

Karl Daniel Dato' Dahalan.
CEO of MEGA Industries Sdn. Bhd.

Wow !

Aku meletakkan senot wang RM 50 di atas meja kafe tersebut. Aku melangkah keluar dari situ. Bibirku tidak henti mengukir senyuman apabila teringatkan pertemuan ku bersama Daniel tadi.

Danny, you totally make me flustered.

👽👽👽👽👽

Hiii guys... Long time no see, huh ¿

Btw, saya akan hiatus dalam masa beberapa minggu ni coz pt3 just around the corner 😩

Tbh, i'm not ready yet 😭😭😭

So, wish me luck yea....

Just love, 💕💞

Azalea Inara (RE-EDIT)Where stories live. Discover now