DEANA
PINTU bilikku dihempas kuat. Segala barangan mekap di atas meja mekapku aku hempaskan ke lantai.
Katil ku selerakkan.
"Jantan tak guna !!"
"I gave u everything. Everything !"
Aku terduduk di sudut bilik. Rambut aku raup kasar.
"I love you. Really really love you, Ian. How could you did this to me..."
Aku mengongoi kesedihan.
"Dee..."
Aku mendongakkan mukaku.
"Ibuuu !!" aku memeluk tubuh badan itu.
"Kenapa ni, Dee. Tell me" Datin Dalila mengusap lembut rambut anaknya.
"Ian, bu. Dia ada perempuan lain"
"Kenapa boleh jadi macam ni ?" Datin Dalila mengerutkan dahinya. Setahunya, hubungan anaknya dan Adyan tiada sebarang masalah.
"Ni semua sebab perempuan tu. Inaera, ibu. Dia rampas Ian dari Dee" aku mengongoi dalam pelukan mommy.
"It's okay. Dee rehat dulu. Dinner nanti kita bincang"
Aku mengangguk perlahan. Tubuhku ditarik ke arah katil.
" I akan pastikan you melutut kat I, Ian "
Iphone miliknya diambil lalu mendail nombor seseorang.
"Danny, u kat mana ?"
♦️♦️♦️♦️♦️
"Ila, kenapa dengan Dee tu ?" soal Dato' Samad, bapa Deana." Haihh entahlah bang. Katanya dah putus dengan Adyan" Datin Dalila mengeluh.
Dato' Samad mengerling isterinya.
"Baguslah tu. Yang Dee tu meroyan macam mati laki pasaipa ?"
"Eh Dee tu anak kita tau bang. Cubalah abang peduli sikit kat budak tu" suaminya dijeling tajam.
"Puan Dalila oii. Nak saya peduli macam mana lagi ? Adyan tu memang dah tak nak dengan anak kita tu.
Adyan tu pun dah jadi laki orang dah. Tak nampak ke yang dia tu memang tak suka Dee ?"
"Bang oii. Bini Adyan tu dah lama mati dah pun. Tak usahlah cakap pasal orang dah mati tu"
Dato' Samad beristighfar panjang.
Dia mengangkat kaki meninggalkan isterinya. Dirinya sudah penat nasihat anak dan juga isterinya.
Pepandai la hidup oii.
"Orang laki memang macamtu eh ? Semua benda salahkan kita" bebel Datin Dalila sendirian.
Belum sempat dia bangun dari duduk, Deana menuruni tangga beserta handbag dan kunci kereta.
"Dee, nak pergi mana tu sayang ?" soal Datin Dalila lembut.
Baginya apabila anak yang bersifat api harus dibalas dengan air. Tak boleh berkasar sangat nanti makin membara apinya.
"Dee nak keluar jap ibu. Jangan tunggu Dee balik" pintu utama dibuka lalu dihempas kembali.
"Ha dah kenapa anak awak tu ? Kemain kuat pulak hempas pintu tu" mug yang panas Dato' Samad letakkan di atas meja.
"Entahlah bang. Katanya nak keluar kejap" ulas Datin Dalila perlahan.
"Ha itulah anak awak tu. Rumah ni dibuatnya macam hotel. Balik cuma nak tidur je pastu nak dekat Subuh baru balik" bebelnya sambil menggapai surat khabar.
"Ishh abang ni. Jangan bebel kat saya lah. Dahlah buat air untuk dia sorang jee" Datin Dalila membentak lalu naik ke biliknya.
Dato' Samad menggelengkan kepalanya.
Buat air untuk kita sendiri pun kecoh kaa deyy.
♦️♦️♦️♦️♦️
Deana meneguk arak sambil menangis dihadapan barista bar tersebut.
"Hey manis, kenapa nangis ni ? I kan ada" barista lelaki tersebut sambil mencuit dagu gadis dihadapannya.
"Ishh jangan peganglah. Ian sorang je boleh pegang i" Deana menepis tangan lelaki tersebut.
Lelaki tersebut mencuba lagi memegang pipi Deana namun sekerasnya Deana menolak.
"Eh bro. She is mine" bahu Deana dipeluk erat.
Barista tersebut hanya menjeling lalu beredar menyambung kerjanya.
DANIEL
"Deana, that's enough" gelas berisi arak itu aku jauhkan dari Deana.
"Eh Danny ! Lambatnya you sampai babe" leherku dirangkuk oleh Deana.
Aku menelan liurku perlahan.
Boleh tahan seksi Deana malam ni. Dengan hanya berpakaian dress ketat berwarna hitam yang membalut tubuh langsingnya, mana mana lelaki yg straight pasti akan memandangnya tak lepas.
"Sorry I ada hal tadi"
"That's okay. Jom teman I minum" Deana menyua segelas air kepadaku.
"No. You are drunk enough Dean. Lets go home" aku cuba menarik pergelangan tangan Deana untuk turun dari kerusi bar itu lalu keluar dari kelab malam tersebut.
"Woahh chill man. I tak puas minum lagi" rengek Deana manja.
Aku menolak tubuh Deana masuk ke tempat duduk penumpang keretaku.
"Kita nak pergi mana ni babyy" Deana menyentuh pahaku lembut.
Shitt. Jangan sampai aku makan kau kat sini tau Deana.
"Huhh. Kenapa semua orang buat I marah harini" Deana memuncungkan mulutnya.
Damn. She's so cute.
Aku memegang jemari Deana.
"You nak I hantar you balik rumah parents you ke ?"
"Noo. Baba will piss me off" kata Deana perlahan.
"Okay then you nak I hantar you pergi mana ni" soalku tanpa memandangnya.
Kang pandang dia manjang kitorang yang kiokk tengah jalan ni kang.
Apabila Deana tidak menjawab aku memandang sebelahku.
Lahh dah tidur rupanya.
Apabila melihat gadis itu yang tersengguk sengguk, aku letakkan kepalanya di atas bahuku.
I love you so much Deana. Can't you see that ?
❤❤❤❤❤
Haluu gaiss. It' been over a year right. Cowiyy tau😘
Btw bab kalini kita cuma fokuskan Deana and Sara je tau
YOU ARE READING
Azalea Inara (RE-EDIT)
RomanceStatus ; { re-edit} 'Kau pelindungku, aku penjagamu....' Kerana dirinya teraniaya, dia memilih untuk mendapatkan keadilan Kerana dendam silam, dia terpaksa mengenepikan perasaan cintanya Namun, pada saat cinta hadir, mampukah dirinya menolak pera...