19 | sorry mummy

105 11 0
                                    

INARA

"GIVE me one double cheeseburger and oreo mcflurry" kataku.

"Sekejap ya" aku hanya mengangguk malas.

Seluruh badanku terasa lenguh kala ini. Seharian kerja non-stop.

Gadis penjaga kaunter itu memberikanku satu beg kertas berisi pesananku.

Aku mengeluarkan purse ku lalu menghulurkan sekeping not RM 20 kepadanya.

"Keep the change" aku pantas melangkah keluar dari francais fast food itu.

Aku ternampak satu butik pakaian wanita yang terletak betul-betul di hadapan aku.

Aku menilik jam tanganku. Emm...boleh lah jenguk sekejap.

Aku singgah ke keretaku terlebih dahulu bagi menyimpan bungkusan makananku.

Aku menilik satu persatu baju yang bergantungan. Mataku menangkap imej satu baju kurung moden yang menarik perhatianku.

Ketika aku membelek-belek baju tersebut, bahuku dirempuh kasar dan menyebabkan beg tanganku terjatuh.

"Auchhh" aku mengaduh perlahan sambil menggosok perlahan bahuku yang terasa sengal.

"Maaf. Aunty tak sengaja" kata satu suara lembut.

Aku mengangkat kepala memandang insan di hadapanku.

"Cha ?!"

Aku terpaku.

"Ni Cha, kan ? Azalea Inara ?" soal wanita tersebut.

"Maaf puan. Saya rasa puan dah salah orang" kataku lembut.

"Oh. Sorry. You look like my daughter. Anyway, aunty minta maaf sebab terlanggar you" wajah wanita tersebut kelihatan kecewa.

Wanita tersebut mengambil beg tanganku yang terjatuh ke lantai dan menghulurkannya kepadaku.

Sedaya upaya aku menahan air mataku dari terjatuh.

"Terima kasih" aku terus berlari keluar dari butik tersebut.

Aku menangis semahunya apabila aku memasuki perut kereta.

"Maafkan Cha, mummy. I'm sorry" aku meletakkan kepalaku di stereng kereta.

Satu persatu memori silam melintasi benakku.

"Ren...bagilah alik (balik) Lulu Cha" kataku lirih. Lulu merupakan nama anak patung barbie aku.

Pada ketika itu, aku baru sahaja berusia 4 tahun manakala Adyan berusia 9 tahun.

"Kalau nak ambik lah sendiri" Adyan menjelirkan lidahnya.

"Eee geramnya kita" kataku lalu berlari anak ke arah Adyan.

Sedang mereka berlari-lari, anak patung tersebut terlepas dari tangan Adyan.

Aku pantas mengambil anak patung tersebut tetapi aku hanya sempat mencapai sebahagian daripada kaki patung tersebut manakal bahagian lainnya dipegang oleh Adyan.

Bermulalah adegan tarik menarik. Disebabkan geram yang teramat, aku menolak perlahan tubuh Adyan namun ianya tidak berhasil. Adyan pula membalas dengan menolak kuat bahuku sehingga menyebabkan kepalaku terhentak di bucu meja kayu.

Aku menangis teresak-esak sambil memegang kepalaku yqng terasa ngilu.

"Cha, Ren kenapa tu ?" laung Datin Zahara dari dapur.

"Mummy, kepala Cha a..ada... darah" kata Adyan terketar-ketar.

Datin Zahara bergegas menuju ke arah mereka berdua.

"Ya Allah, Cha !!!" Datin Zahara segera memangku kepala aku.

❇️ ❇️ ❇️ ❇ ️❇️

Sepanjang aku berada di hospital, Datin Zahara setia menemaniku di sana dan aku sudah menganggapnya seperti ibu kandungku sendiri.


Aku tersedar dari lamunanku apabila terdengar deringan dari telefon ku.

Adyan babyy❤

Aku mengeluh perlahan. Bukan aku yang save number dia eh. Baby ? Erghh meluat I.

"Hello, Adyan. Kenapa telefon I ni ?" suara aku kawal supaya kedengaran manja.

"Salah ke I telefon girlfriend I sendiri ?"

Aku membuat rolling eyes. Gediknya.

"No lah. I tanya je pun"

Aku memulakan pemanduanku ke rumah Dato' Yasmin.

"I saja je telefon. You okay kan ?"

"Yeahh. Nothing bad happens to me, Ad"

Kedengaran Adyan mengeluh kelegaan di corong telefon. Aku tersenyum sinis.

Tanpa perasaan, aku terus mematikan talian tersebut.

Lantak kau la, Adyan...

Heyy guyss

Just wanna to inform all of u that qish dpt masuk asrama
Yeayyy
So yeah maybe this story akan hiatus sampai raya

Ok baii....

Azalea Inara (RE-EDIT)Where stories live. Discover now